Tips Menangani Anak

  1. Jangan pukul anak dari lutut keatas
  2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
  3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
  4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
  5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
  6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
  7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Gaji vs Kerja

Jika gaji kita RM5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20000, Allah SWT akan berikan beza
RM15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2000, beza RM3000 itu
Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya.

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat “Give More”. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik.

Wallahualam.

Sama-sama kita berusaha dan berjaya dunia akhirat.
Amin

~ dipetik dari Prof Dr Muhaya ~

Jangan Sia-siakan Janggut Suami

“Ini adalah sebahagian tulisan saudara Muhammad Mat Yakim yang dimuatkan dalam dalam ruangan Komentar Sinar Harian. Tulisan yang seronok dibaca dan boleh dikongsi sebagai panduan berguna pasangan suami isteri tentang janggut.

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.

Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.

Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri.

Tentang Ayah

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”. Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya. Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya. ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa
“Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sumber : Facebook

Mengapa Frontal Lobe?

PERNAH DENGAR TAK “FRONTAL LOBE” ? APA TU?
(PEMANDU KE SYURGA. HAKIKAT BERSUJUD DALAM SOLAT).
PENTING SANGAT2 NI….BACA JANGAN TAK BACA…..

Frontal lobe atau otak depan, mengapa saya betul² menekankan bahagian otak ini? Malah saya menganggap ianya adalah “pemandu” kita ke syurga. Frontal lobe seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau …lemah CEO bukankah keputusan dan tindakan² yg diambil tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai frontal lobe yg kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat.

Frontal lobe kurniaan Allah yg membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal. Semua bahagian lain pada manusia terdapat pada haiwan tetapi tiada yg amat ketara selain dari frontal lobe. Dari jumlah keseluruhan otak manusia, 30-40% adalah frontal lobe, tiada langsung pada reptilia dan jika ada pun pada haiwan yg lain, peratusnya kecil berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya 3.5%, pada anjing 7%, pada keluarga monyet pula peratusnya dari 11% hingga 17%. Jadi jika manusia makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia tersebut akan menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak?

Saya menekankan yg solat merawat frontal lobe, mungkin ada yg berkata, aku tak sembahyang pun aku ok je, takde macam haiwan pun, aha.. jangan terpedaya, periksa diri ketika anda marah, ketika anda ditimpa musibah, ketika bersedih, ketika mendapat peluang² untuk membolot kekayaan, ketika anda bernafsu. Ingatkan kembali adakah tindakan² yg anda ambil pada ketika itu mengikut akal atau mengikut rasa/nafsu atau memori? Sebab itu ada beza bg yg solat dan tidak, dan amat berbeza lagi mereka yg khusyuk dan tidak.

Melalui kajian, ahli saintis mengira, pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2 ribu bit sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan. Jadi perhatian kita kepada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah sedikit, frontal lobe lah yg membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg sedikit itu untuk menfokus pada sesuatu perkara.

Menurut Dr Joe Dispenza didlm bukunya Evolve Your Brain, beliau memilih “intent” atau niat sebagai fungsi utama frontal lobe. Mengawal apa niat kita untuk sesuatu agenda yg kita lakukan, bukahkah didlm Islam semua tindakan kita bergantung kepada niat. Berdasarkan niat2 tertentu ini kita akan mengambil tindakan² yg tertentu, mengawal tingkah laku, merancang masa depan untuk mendapatkanya dan juga keinginan yg kuat dan berkekalan. Jika niat bersedekah mahukan keredhaan Allah kita akan membuatnya secara sulit, jika niat untuk membanggakan diri, manusia akan memanggil akhbar dan sebagainya. Semua tindakan kita secara keseluruhan pula bergantung pada apa niat kita hidup didunia ini, jika kita faham apa yg dibaca dalam doa iftitah “Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin” maka kita akan mengambil jalan yg benar dan adil buat diri kita dan juga manusia yg lain, jika hidup ini untuk mengumpul harta, untuk kuasa, untuk nafsu maka tindakan begitu juga akan dipilih oleh frontal lobe.

Frontal lobe tempat untuk pemikiran yg kritikal dan juga mencipta idea2 baru, sama seperti tugas CEO syarikat, frontal lobe akan mengambil semua maklumat2 yg tersimpan dari bahagian otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yg lain dan juga mengarahkan bahagian² tersebut untuk melakukan apa yg perlu. Melalui “database” yg tersimpan dibahagian otak yg lain, ianya menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita2, keinginan dan inspirasi untuk mendapatkan sesuatu. Frontal lobe akan menimbang semua kemungkinan dan situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan² yg dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yg mendalam ini barulah frontal lobe akan mengarah bahagian otak yg lain menjalankan apa yg diingini.

Frontal lobe juga membolehkan manusia belajar dari pengalaman dan memilih tindakan yg lebih bijak dimasa hadapan. Frontal lobe membolehkan manusia mempunyai cita2 yg hebat, mencuba sesuatu yg baru dan mendapatkan hidup yg lebih hebat dan tanpa batasan. Siapa diri kita, apa yg kita mahu sekarang dan masa depan dan kehidupan bagaimana yg kita hajati semuanya bergantung bagaimana kita menggunakan frontal lobe kita. Frontal lobe juga sebagai “alat” kita mencipta realiti kehidupan ini.

Frontal lobe membolehkan kita kekal fokus pada cita-cita tertentu, berapa ramai manusia yg tetapkan banyak azam pada setiap tahun baru dan berapa banyak yg tercapai semuanya bergantung kepada frontal lobe. Tindakan² manusia samada ikut akal atau ikut rasa ditentukan samada kuatnya frontal lobe atau tidak. Frontal lobe yg lemah, tindakan lebih kepada ikut memori terutama dari apa yg dilihat, didengar atau dialami walaupun ianya sesuatu yg salah.

Berikut adalah sifat² yang ada pada manusia yg hebat frontal lobenya.

  • Boleh menumpukan perhatian pada sesuatu dalam jangkamasa yg lama
  • Berupaya menimbang semua kemungkian sebelum bertindak.
  • Boleh membuat keputusan dgn tepat dan cepat, tidak teragak-agak.
  • Jelas dalam semua perkara.
  • Ceria
  • Mahir dalam apa yg dipelajari.
  • Mudah menyesuaikan diri dgn perubahan.
  • Mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
  • Sentiasa memikir peluang² lain sebelum bertindak.
  • Punyai keyakinan diri yang tinggi.
  • Mampu bertindak mencapai keinginan atau cita².
  • Seorang yg tinggi disiplinnya.
  • Mampu membina peluang yg lebih hebat berdasarkan pengalaman.
  • Tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh² luaran.
  • Boleh menumpukan perhatian hingga lupa pada persekitaran dan masa.
  • Minda yg tetap dan tidak melayang-layang.
  • Lebih proaktif dari reaktif.
  • Berpendirian tinggi.
  • Tidak pentingkan diri sendiri, lebih bersimpati.
  • Punyai impian, tujuan yg jelas dan hebat hingga tidak mampu digoyah keadaan luaran dan juga dari badan.

Banyak lagi sifat² yg boleh di catatkan tetapi yg paling menarik adalah sifat yg akhir sekali, ingat bagaimana sahabat nabi yg diminta agar ditarik panah dikakinya hanya ketika beliau solat dan juga mereka yg tetap imannya ketika disiksa pihak Quraish. Bayangkan betapa hebat dan kuatnya frontal lobe mereka. Kita sekarang, nyamuk hinggap sahaja dah boleh rasa dan melayang fikiran dari solat.

Berikut pula sifat²mereka yg lemah atau mati frontal lobenya.

  • Tidak terurus dan malas.
  • Tiada inspirasi, motivasi dan inisiatif untuk membetulkan sesuatu keadaan.
  • Suka pada benda yg sama, yang rutin dan boleh diagak.
  • Tidak keinginan untuk belajar.
  • Tidak boleh menumpukan perhatian.
  • Tidak boleh merancang untuk masa depan, tiada visi.
  • Cakap tak serupa bikin.
  • Tidak boleh menghabiskan apa yg dimulakan.
  • Reaktif.
  • Keras kepala dan tidak sukakan perubahan.
  • Selalu risau dan fikiran melayang² memikirkan keburukan.
  • Tidak boleh mendengar dgn baik.
  • Bertindak melulu ikut rasa dan nafsu.
  • Selalu beremosi/moody, tidak ceria.
  • Pelupa.
  • Tidak boleh melihat/memikir kebarangkalian2 atau peluang2 lain.
  • Selalunya menjadi pengikut, tidak berpendirian.

Dari senarai² tersebut sama²lah kita menyiasat diri kita sekuat mana frontal lobe kita ini, frontal lobe yg lemah membuatkan kita lebih mengambil keputusan ikut rasa dan ikut memori. Antara aktiviti yg melemahkan frontal lobe adalah menonton TV atau filem yg tidak membuatkan kita berfikir. Menurut Dr Daniel Amen melalui bukunya Change Your Brain, Change Your Life, TV dan video games adalah penyebab utama penyakit ADD (Attention Deficit Disorder) penyakit frontal lobe. Sebab itu jika dulu buang emak, buang saudara kerana kasih saya turutkan, sekarang buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan. Jika dulu tiada anak melayu yg hebat ber”lakon” aksi2 lucah, sekarang sudah banyak tersebar didlm internet. Semuanya kerana TV dan filem2 “sampah” yg disumbat untuk melalaikan manusia dan hanya mengikut apa yg diperintah, tidak pernah terfikir mengapa TV amat dikawal? Kerana TV adalah alat hipnosis/pemukau manusia yg hebat, melalui TV juga manusia terpengaruh membeli sampah² walaupun ianya tidak perlu untuk kehidupan.

Mengambil bahan² toksid seperti dadah dan alkohol juga merosak frontal lobe, jangan terkejut bahawa merokok juga merosakkan bahagian tersebut. Rosaknya frontal lobe menyebabkan ketagihan terhadap benda² tersebut tidak boleh dikawal oleh minda, tindakan ikut sedap rasa, bukan ikut akal. Tidak perlu ubat-ubatan untuk berhenti merokok sebenarnya, cuma perlu kejutkan frontal lobe yg sudah lama terlena.

Bersolatlah dan berusaha untuk mencapai kekusyukan, amat beruntunglah mereka yg sudah mencapainya. Teramat benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari segi ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan rosaklah akhlak manusia itu sendiri, jika tidak masakan Switzerland yg dianggap antara negara yg termaju di dunia punyai kadar bunuh diri yang tinggi?

Bersolatlah dan sujud menghampirkan diri kepada Allah (Surah Al Alaq 96:16) ketika darah memenuhi frontal lobe. Frontal lobe, pemandu manusia ke syurga.

Sumber : http://syurgadidunia.blogspot.com

Rumah Pertamaku

RUMAH! RUMAH! OH RUMAH!

Bercelaru gak aku bila duk pikir pasal rumah nih. Tatau la kenapa skang aku excited sangat² nak beli rumah. Yer lah kan, harga rumah ni, makin lama makin naik, naik dan terus naik, bukannya makin turun macam kereta. Skali kita dah terlepas, memang x kan ade peluang la nak dapat lagi, dengan harga yang tertentu & tempat-tempat yang tertentu. Dup dap dup dap, harga dah melambung. Rumah plak dah SOLD OUT.
~uhh~

So, the best way, skang la masa yang sesuai untuk aku grab peluang ni. Lagipun, dah ramai sangat kawan² seangkatan dah ade rumah sendiri. Sape yang tak teringin nk ada rumah sendiri kan? Biarlah beli rumah & tak duduk sane pun, at least dah ada satu ‘aset‘ yang terpenting ni.

Tapi bila aku duk kira-kira balik duit gaji aku, nampak gaya macam susah je nak beli rumah dalam masa-masa terdekat. Paling kurang pun, aku kena tunggu setahun dua lagi. Itu pun kalu bini aku dah keje. Kalu tak, tatau la bila aku mampu nak beli rumah sendiri. Mungkin 3 atau 4 tahun lagik. Masa tuh pun silap-silap harga rumah dah dekat setengah juta. T_T

Masalahnye skang, dah banyak sangat potongan dalam slip gaji aku. Potongan EPF (RM300++) Insyaallah tahun depan dah tak xde potongan lagi, PTPTN lak (RM270++) yang mungkin 4 atau 5 tahun lagi baru abis bayar, pastu personal loan (RM700++) yang aku kena bayar untuk tempoh masa 7 tahun lagi. Itu tak masuk lagih potongan untuk Kuarters Kerajaan yang tinggal skang. Sume tuh dah tertulis dalam slip gaji aku. Kalu tak, aku rase takde masalah untuk aku pegi apply loan rumah. uhh~ Tapi kalu dah potongan sederet camtu, konfem la awal2 lagik bank reject. Potongan lebih banyak daripada pendapatan.

downgred

Selamat sudah aku dan bini aku convert dari postpaid ke prepaid.
Tak tahan duk bayar bulan-bulan seratus lebih, padahal guna
banyak mana sangat pon.

Dalam keadaan sekarang, banyak perkara yang aku fikirkan kena ubah, sepertimana kat PM kita, “UBAH CARA HIDUP”,
walaupun aku tak rase pun PM kita tuh bikin seperti yang dia cakap.
~haha~
Tapi kegawatan yang melanda aku skang memaksa aku potong perbelanjaan yang tak patut. Nak tampung perbelanjaan bulan-bulan punya pasal.

Sementara nak menunggu bini aku habis praktikal dan dapat kerja, terpaksa ‘ikat perut’ sikit. Dua tiga bulan ni lega la skit, tu pun sebab bini aku dapat duit pinjaman dia. Yang tu pun aku terpaksa kikis sikit2, nak cover duit gaji aku yang tak sampai tengah bulan dah licin. T_T