Ramadhan @ Kota Bharu

image

Alhamdulillah. Ada sedikit rezeki Ramadhan ini untuk aku balik berbuka dengan isteri & keluarga di Kota Bharu selepas kena tranfer ke Melaka. Pada awalnya memang tidak plan pun nak balik bila fikirkan kos. Tapi bila ada rezeki, terus book tiket flight.
Kalau nak dikira, cuak gak aku nak naik flight. Kebetulan selang sehari dengan kes MH17 yang ditembak. Tapi alhamdulillah flight yang aku naik selamat mendarat.

Selamat Hari Lahir Abah


Selamat hari lahir abah buat kali yang ke-53.
Kami doakan agar abah dikurniakan kesihatan yang baik dan berkekalan,
Semoga kehidupan kita sekeluarga dilimpahkan dengan keberkatan
dan rahmat dari-Nya,
Semoga dimurahkan segala dalam urusan ini,
Kami semua sayang abah.
~ LOVE U ABAH ~

Wedding : E & Eg

First time aku shoot weeding dlm dewan. Masa aku terima offer dari Lily (adik pengantin), aku main setuju jer. Memang tak pikir panjang masa tu. Padahal, peralatan kamera yang aku ada pun tidak cukup. Yang ada pun basic² jer. Mula-mula memang aku tak berani nak amik. Yer la, dah bape lama aku tak amik gambar orang kawen, pastu duk pikir event yang GRAND lagi, logik lah aku ketaq lutut. Tapi bila Lily gtau tugas aku just amik gambar tetamu & dah ada lagi beberapa orang official photographer lain, aku terima jer.

Kebetulan masa tuh tengah ‘kering’. Nak tak nak, aku gagahkan gak terima offer tuh. At least, dapat la tampung belanja aku sebelum tunggu gaji bulan ni. haha. Walaupun last² minit aku masih berbelah bahagi nak pegi ke tak. Tapi bila pikir-pikir balik malam tu, apa nak jadi, jadi la. Kalu fikir secara positifnya, sekurang-kurangnya aku dapat satu pengalaman baru malam tu.

Masa rehearsal tengahari tuh baru la aku dapat tau yang VIP pun akan datang skali nanti. Masa tuh aku dah goyang. “take it or not”.. “take it or not”.. “take it or not”.. nak tak nak, aku gamble jer. haha.

Alhamdulillah, tiada apa-apa aral melintang malam tu. Benda takde la susah sangat pun sebenarnya. Takde la seteruk sepertimana yang aku duk pikir. Lagipun, perjalanan majlis kahwin ni pun sama mcm majlis² yang penah aku jumpa sebelum ni. So takde lah aku kekok sangat. Cuma halangan paling besar satu je lah. Dengan kamera canggih ‘cabuk’ yang peralatan yang tidak lengkap ni + kemahiran kamera yang sangat dasyat kurang ni, memang mencabar la. Tapi, syukur Alhamdulillah, dapat gak la aku snap beberapa keping gambar. Harap²lah apa yang aku dah buat ni memenuhi kehendak dorang. huhu.

Terima kasih kepada pihak keluarga pengantin yang banyak beri kerjasama sepanjang malam tu. Tak lupa juga Encik Big yang jadi tempat rujukan aku. haha. Dan teristimewa buat isteri aku yang sentiasa duk support aku dan sabar dengan ‘kerja’ aku ni. 🙂

Majlis Persaraan Pengarah JKR Terengganu

“Telah ditetapkan 3 perkara ke atas kamu, iaitu, AJAL MAUT, JODOH & REZEKI. Tak kira la dimana kamu dicampakkan atau dihantar, rezeki Allah Taala sudah ditentukan. Maka laksanakan tugas yang telah dipertanggungjawab ke atas kamu dengan sebaik-baiknya..”

Itu antara kata-kata yang selalu Tuan Pengarah aku duk ulang dalam setiap perjumpaan dengan staf-staf dia. Seorang yang sangat motivated dan penuh dengan kata-kata nasihat. Dalam banyak-banyak Pengarah di JKR Malaysia, dia sorang je pilihan yang ada dan layak untuk post Pengarah di JKR Terengganu yang suatu ketika dulu sangat terkenal satu Malaysia. haha. Walaupun aku jarang berurusan secara personal dengan dia, tapi itu je satu-satunya yang aku kagum dengan dia. Seorang yang pandai bermain dengan psychologi dan seorang yang sangat low profile.

Majlis perpisahan Tuan Pengarah JKR Terengganu yang berlangsung kat Hotel Primula, Kuala Terengganu. Disebabkan dah bayar (paksaan T_T), terpaksa gak la aku datang. Walaupun ngantuk yang amat sangat malam tu, aku gagahkan jugak pergi, walaupun berat hati nak tinggal bini sengsorang kat umah. hehe. Di kesempatan yang ada ni, aku amik peluang nak test gajet baru aku ni. 😀 Mula² segan gak nak bak kuar kmera, tapi last-last baru ilang skit rase kekok. Maklumlah, dah nama pun majlis formal. Lagipun aku bukan ditugaskan untuk menjadi OP utk event tu, so xde la aku perlu bersusah payah nk shoot. hehe.

Stock Clearance

Aku nak perabis gambaq-gambaq lama yang ada dalam simpanan aku yang belum sempat aku edit. Ni yang paling latest sebelum aku ‘bungkus‘ kamera aku. Lepas entry ni, mungkin takkan ada entry gambaq baru lagi.

Thanx kepada yang telah banyak membantu aku selama ini. Kalau umur panjang & aku diberi peluang, ada la entry baru nanti.
InsyaAllah.