Ramadhan @ Kota Bharu

image

Alhamdulillah. Ada sedikit rezeki Ramadhan ini untuk aku balik berbuka dengan isteri & keluarga di Kota Bharu selepas kena tranfer ke Melaka. Pada awalnya memang tidak plan pun nak balik bila fikirkan kos. Tapi bila ada rezeki, terus book tiket flight.
Kalau nak dikira, cuak gak aku nak naik flight. Kebetulan selang sehari dengan kes MH17 yang ditembak. Tapi alhamdulillah flight yang aku naik selamat mendarat.

Advertisements

InsyaAllah Ada Yang Lagi Baik

image

Aku tahu aku tidak KUAT

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati ini bila dapat tau keputusan temuduga isteriku tidak seperti yang kami harapkan. Boleh dikatakan 500% persediaan untuk temuduga itu. Tapi akan daya, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.

Allah tentu ada yang lagi baik untuk isteri aku. Itu yang harus aku dan isteri aku sematkan. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab mempunyai isteri yang sangat kuat dan sangat positif.

He says YES and give u whatever u WANT
He says NO and gives u something BETTER
He says WAIT and gives u THE BEST

image

Al-Fatihah

img_2318-copy

Semalam, tanggal 18 Jun 2014, ‘ayahsu’ antara pakcik yang rapat dengan kitorang (aku, arwah Kaklong, Saifullah & kNinah) telah pergi untuk selama-lamanya bertemu pencipta-Nya. Dapat call & wassap dari abah & Hatim petang semalam. Seolah-olah tidak percaya, tapi itulah kenyataan yang harus diterima. Kadang-kadang banyak sangat yang berlaku dalam dunia ini seakan-akan aku tengah tidur dan bermimpi & mengharapkan ianya tidak terjadi di dunia nyata.

Mengimbau kembali zaman kanak-kanak kitorang, zaman aku melepak dalam bilik bujang dia sambil layan magazine & kaset-kaset lagu mat salleh, etc. Antara yang paling aku tak boleh lupa, aku dan Saifullah teman arwah berniaga kad raya di bulan puasa. huhuh.

Detik sukar yang arwah alami beberapa tahun kebelakangan ini telah mengubah segalanya. Aku keluar dari Kelantan untuk belajar bermula di Perlis, pastu ke Sepang, pastu ke UM, pastu kerja pulak di Kuala Lumpur secara tidak langsung menjarakkan hubungan kami. Balik kampung pun kadang-kadang jarang jumpa.

Banyak sangat dugaan yang arwah hadapi di penghujung perjalanan kehidupannya, tapi apa yang telah Allah takdirkan adalah yang terbaik untuk arwah. Semoga Allah menempatkan arwah ditempat golongan orang yang beriman.

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Al-Fatihah

Satu lagi berita kematian yang aku terima. Semacam tidak percaya bila umi call kata Faris (sepupu umi) dah tak ada. Inna lillahi wainna ilaihi raaji’un.

Sukar untuk aku terima sebab arwah masih muda. Tapi apakan daya, Tuhan lebih sayangkannya.

~ Al fatihah ~

Faris & sepupu 1

Arwah Faris bersama sepupu dan anak2 sepupu

Faris & Sepupu2

Gambar kenangan arwah.

Rumah Pertamaku

RUMAH! RUMAH! OH RUMAH!

Bercelaru gak aku bila duk pikir pasal rumah nih. Tatau la kenapa skang aku excited sangat² nak beli rumah. Yer lah kan, harga rumah ni, makin lama makin naik, naik dan terus naik, bukannya makin turun macam kereta. Skali kita dah terlepas, memang x kan ade peluang la nak dapat lagi, dengan harga yang tertentu & tempat-tempat yang tertentu. Dup dap dup dap, harga dah melambung. Rumah plak dah SOLD OUT.
~uhh~

So, the best way, skang la masa yang sesuai untuk aku grab peluang ni. Lagipun, dah ramai sangat kawan² seangkatan dah ade rumah sendiri. Sape yang tak teringin nk ada rumah sendiri kan? Biarlah beli rumah & tak duduk sane pun, at least dah ada satu ‘aset‘ yang terpenting ni.

Tapi bila aku duk kira-kira balik duit gaji aku, nampak gaya macam susah je nak beli rumah dalam masa-masa terdekat. Paling kurang pun, aku kena tunggu setahun dua lagi. Itu pun kalu bini aku dah keje. Kalu tak, tatau la bila aku mampu nak beli rumah sendiri. Mungkin 3 atau 4 tahun lagik. Masa tuh pun silap-silap harga rumah dah dekat setengah juta. T_T

Masalahnye skang, dah banyak sangat potongan dalam slip gaji aku. Potongan EPF (RM300++) Insyaallah tahun depan dah tak xde potongan lagi, PTPTN lak (RM270++) yang mungkin 4 atau 5 tahun lagi baru abis bayar, pastu personal loan (RM700++) yang aku kena bayar untuk tempoh masa 7 tahun lagi. Itu tak masuk lagih potongan untuk Kuarters Kerajaan yang tinggal skang. Sume tuh dah tertulis dalam slip gaji aku. Kalu tak, aku rase takde masalah untuk aku pegi apply loan rumah. uhh~ Tapi kalu dah potongan sederet camtu, konfem la awal2 lagik bank reject. Potongan lebih banyak daripada pendapatan.

downgred

Selamat sudah aku dan bini aku convert dari postpaid ke prepaid.
Tak tahan duk bayar bulan-bulan seratus lebih, padahal guna
banyak mana sangat pon.

Dalam keadaan sekarang, banyak perkara yang aku fikirkan kena ubah, sepertimana kat PM kita, “UBAH CARA HIDUP”,
walaupun aku tak rase pun PM kita tuh bikin seperti yang dia cakap.
~haha~
Tapi kegawatan yang melanda aku skang memaksa aku potong perbelanjaan yang tak patut. Nak tampung perbelanjaan bulan-bulan punya pasal.

Sementara nak menunggu bini aku habis praktikal dan dapat kerja, terpaksa ‘ikat perut’ sikit. Dua tiga bulan ni lega la skit, tu pun sebab bini aku dapat duit pinjaman dia. Yang tu pun aku terpaksa kikis sikit2, nak cover duit gaji aku yang tak sampai tengah bulan dah licin. T_T

Selamat Hari Lahir Abah


Selamat hari lahir abah buat kali yang ke-53.
Kami doakan agar abah dikurniakan kesihatan yang baik dan berkekalan,
Semoga kehidupan kita sekeluarga dilimpahkan dengan keberkatan
dan rahmat dari-Nya,
Semoga dimurahkan segala dalam urusan ini,
Kami semua sayang abah.
~ LOVE U ABAH ~

Wedding : E & Eg

First time aku shoot weeding dlm dewan. Masa aku terima offer dari Lily (adik pengantin), aku main setuju jer. Memang tak pikir panjang masa tu. Padahal, peralatan kamera yang aku ada pun tidak cukup. Yang ada pun basic² jer. Mula-mula memang aku tak berani nak amik. Yer la, dah bape lama aku tak amik gambar orang kawen, pastu duk pikir event yang GRAND lagi, logik lah aku ketaq lutut. Tapi bila Lily gtau tugas aku just amik gambar tetamu & dah ada lagi beberapa orang official photographer lain, aku terima jer.

Kebetulan masa tuh tengah ‘kering’. Nak tak nak, aku gagahkan gak terima offer tuh. At least, dapat la tampung belanja aku sebelum tunggu gaji bulan ni. haha. Walaupun last² minit aku masih berbelah bahagi nak pegi ke tak. Tapi bila pikir-pikir balik malam tu, apa nak jadi, jadi la. Kalu fikir secara positifnya, sekurang-kurangnya aku dapat satu pengalaman baru malam tu.

Masa rehearsal tengahari tuh baru la aku dapat tau yang VIP pun akan datang skali nanti. Masa tuh aku dah goyang. “take it or not”.. “take it or not”.. “take it or not”.. nak tak nak, aku gamble jer. haha.

Alhamdulillah, tiada apa-apa aral melintang malam tu. Benda takde la susah sangat pun sebenarnya. Takde la seteruk sepertimana yang aku duk pikir. Lagipun, perjalanan majlis kahwin ni pun sama mcm majlis² yang penah aku jumpa sebelum ni. So takde lah aku kekok sangat. Cuma halangan paling besar satu je lah. Dengan kamera canggih ‘cabuk’ yang peralatan yang tidak lengkap ni + kemahiran kamera yang sangat dasyat kurang ni, memang mencabar la. Tapi, syukur Alhamdulillah, dapat gak la aku snap beberapa keping gambar. Harap²lah apa yang aku dah buat ni memenuhi kehendak dorang. huhu.

Terima kasih kepada pihak keluarga pengantin yang banyak beri kerjasama sepanjang malam tu. Tak lupa juga Encik Big yang jadi tempat rujukan aku. haha. Dan teristimewa buat isteri aku yang sentiasa duk support aku dan sabar dengan ‘kerja’ aku ni. 🙂