Wedding : E & Eg

First time aku shoot weeding dlm dewan. Masa aku terima offer dari Lily (adik pengantin), aku main setuju jer. Memang tak pikir panjang masa tu. Padahal, peralatan kamera yang aku ada pun tidak cukup. Yang ada pun basic² jer. Mula-mula memang aku tak berani nak amik. Yer la, dah bape lama aku tak amik gambar orang kawen, pastu duk pikir event yang GRAND lagi, logik lah aku ketaq lutut. Tapi bila Lily gtau tugas aku just amik gambar tetamu & dah ada lagi beberapa orang official photographer lain, aku terima jer.

Kebetulan masa tuh tengah ‘kering’. Nak tak nak, aku gagahkan gak terima offer tuh. At least, dapat la tampung belanja aku sebelum tunggu gaji bulan ni. haha. Walaupun last² minit aku masih berbelah bahagi nak pegi ke tak. Tapi bila pikir-pikir balik malam tu, apa nak jadi, jadi la. Kalu fikir secara positifnya, sekurang-kurangnya aku dapat satu pengalaman baru malam tu.

Masa rehearsal tengahari tuh baru la aku dapat tau yang VIP pun akan datang skali nanti. Masa tuh aku dah goyang. “take it or not”.. “take it or not”.. “take it or not”.. nak tak nak, aku gamble jer. haha.

Alhamdulillah, tiada apa-apa aral melintang malam tu. Benda takde la susah sangat pun sebenarnya. Takde la seteruk sepertimana yang aku duk pikir. Lagipun, perjalanan majlis kahwin ni pun sama mcm majlis² yang penah aku jumpa sebelum ni. So takde lah aku kekok sangat. Cuma halangan paling besar satu je lah. Dengan kamera canggih ‘cabuk’ yang peralatan yang tidak lengkap ni + kemahiran kamera yang sangat dasyat kurang ni, memang mencabar la. Tapi, syukur Alhamdulillah, dapat gak la aku snap beberapa keping gambar. Harap²lah apa yang aku dah buat ni memenuhi kehendak dorang. huhu.

Terima kasih kepada pihak keluarga pengantin yang banyak beri kerjasama sepanjang malam tu. Tak lupa juga Encik Big yang jadi tempat rujukan aku. haha. Dan teristimewa buat isteri aku yang sentiasa duk support aku dan sabar dengan ‘kerja’ aku ni.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s