Connecting People

Dah lama giler aku tak update perkembangan handphone ni. Nokia 5800 Ekspress Music yang aku pakai skang pun dah cukup puas hati aku rase. Ok lah untuk penggunaan aku stakat ni walaupun sedikit masalah sebab dia touch screen. Nak tukar henfon lain pun mcm sayang, sbb aku suke skrin dia yang besau tu…senang aku nak guna untuk GPS.🙂 Lagipun, kalu nak tolak kat kedai pun, bpe sangat harga dia skang. Aku rase baik aku simpan lagi bagus.

Cuma semenjak dua ni, aku rase nak angkat satu lagi phone utk bini aku. Kesian kat dia asyik duk guna handphone  N70 yang aku beli 2nd hand beberapa tahun lepas.😛 Syukur sangat sebab dapat isteri yang tak kisah sangat pasal gadjet² nih. Lagipun elok je dia guna aku tengok. Selam air, jatuh katil steady je lagi. Elok je call. SMS pn tak pnah tak sampai. hehe!

Dalam duk survey², ada la dua tiga model terbaru yang aku berkenan. Nak angkat iPhone memang tak ah, walaupun tu menjadi kegilaan setiap orang  & salah satu target aku untuk masa ni. Blum masa lagi kot. Dalam banyak-banyak ada la satu model yang aku rase berbaloi la kot. Smart pun smart dan harga dia pun takda la mahal sangat aku rase. RM600~RM700 camtu la.

Sebenarnya tahun lepas, memang kitorang dah target nak angkat sorang satu. Tapi disebabkan beberapa perkara dan keutamaan yang lain, terpaksa la hold dlu buat masa ni. Tapi InsyaAllah, kalau ade rezeki, aku akan dapatkan satu. Kalu ada rezeki lebih sikit, angkat 2 terus. he he he!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s