Back to basic..

Itulah yang bermain dalam fikiran aku akhir-akhir ni. Melalui pengamatan & pemerhatian aku [poyonye] pada beberapa orang photographer yang mungkin boleh dikatakan ‘idola‘ bagi aku, mereka tidak memerlukan gajet yang riban-riban untuk menghasilkan gambar yang superb. Hanya teknik dan cara yang betul sudah cukup menghasilkan gambar yang sangat hebat. Gajet mungkin hanya sedikit membantu.

2 tahun lebih [baru lagi] aku pegang kamera, tapi rase macam banyak lagi yang aku tatau pasal kamera. Kadang² aku rase aku ni sama je dgn orang² yang baru kenal DSLR. Sebab itulah aku rase perlunya ada knowledge bila nak tangkap gambar ni. Kembali kepada basic. Rujuk balik kitab ‘alif, ba, taa’.

Selama ni aku shoot ikut suka aku je. Gambar² yang jadi pun mungkin atas nasib. Tu pun kalu jadi. Dalam 100 keping shoot, tak sampai 10 keping yang jadi. Dan dalam 10 keping tu, belum tentu ada yang boleh untuk aku ‘mengangkat bakul’ sendiri. Bila orang tanya apa setting, apperture bape, white balance apa, nganga gak aku nak jawab. Last², aku cakap “..aku guna AV (Apperture Priority & TV (Shutter Priority) dan main tembak jer. Jarang sangat pakai manual, try & error je..yang lain² itu main editting…”. haha.

Dan dah sampai masanya jugak untuk mengurangkan shoot & menjimatkan shutter count. Zaman mula² angkat kamera dulu bleh la main tembak je. Skg dah tak leh buat. Owner asal kamera yang aku beli aritu pun ade cakap masa aku angkat kamera dengan dia. Dalam bengkel dgn Kacuk aritu pun dia ade ckp pasal benda yang sama, plan to shoot. Lepas pada tu, slowly aku dah start utk tidak bazirkan shutter count aku. Tak heran la nape sebelum ni hardisk aku kejap je penuh. hahahha.

 

Nak join bengkel pun, rase cam tak berbaloi sangat dengan harga. Outing dgn kawan² pun tak sume ajar cara setting kamera. Benda² ni banyak dalam forum kalu tak salah aku. Cuma kena rajin mencari je. Tapi memandangkan aku ni malas sgt nak bukak, terpaksa la cuba cara senang, cari blog² yang ajar setting kamera ni. hehe! Aku rase tak ramai orang yang nak share pasal benda ni, melainkan dia tu mmg sorang yang ikhlas & tak lokek utk kongsi ilmu.

So far ada la dua tiga blog yang aku jumpa. Tu pun aku buat carian secara malas. hahaha! Kalu dah ada syndrom malas ni, susah la skit. Antara blog-blog yang aku baru jumpa yang rsenya bagus untuk dikongsi.

Belajarkamera.com

Zahir Turion

Photography Blog

http://www.cambridgeincolour.com/

http://www.digicamhelp.com/

 


~ sekian ~

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s