My Big Day

Lama jugak la aku tak menulis kat blog aku ni. Setakat letak gambar boleh la. Last entry gambar Jimi & Pina. Tu pun sempat edit skit jer. Banyak lagi gambar baru yang tak sempat nak jenguk. Sumenya sebab tengah duk kalut dengan persiapan majlis kahwin aku.

Alhamdulillah, semunya berjalan lancar. Tiada aral melintang, tiada ribut, tiada sebarang masalah yang mengganggu sepanjang bermulanya majlis akad nikah sampailah kenduri belah lelaki kat Kota Bharu. Setakat sedikit kekalutan tu perkara biasa. Tapi alhamdulillah, sumenya boleh dihandle.😀

Penat badan tu tak payah nak cakap la. Sakit² badan tu memang tak boleh nak elak. Nama pun raja sehari. Sehari je dapat duduk kat ‘takhta’. Esoknya dah kena buat keje gak. Basuh periuk tu standard la. hehe. Tapi penat-penat badan pun, nasib baek la ade orang yang boleh tolong urutkan. rrrrrrrr! (Otak nakal aku mula mainkan peranan) hahaha!

Mula-mula rasa macam tak cayer jer aku dah jadi suami kepada insan yang paling aku sayang. Masa berlalu terlalu pantas. Pejam celik pejam celik, dah bulan Jun. Macam mimpi jer. Rase nak lempang diri sendiri jer. Hentak kepala dua tiga kali kat dinding pun masih tak percaya yang aku dah kahwin, dah ada isteri, satu amanah yang sangat besar bagi aku. Mungkin dulu dia jadi kekasih hati aku, tapi sekarang sumenya dah berubah. Dah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga dia, mendidik dia dan menasihati dia. Bukan benda mudah aku rase, sumenya perlukan kekuatan. d[-_-]b

Photos by : En. Wan Saifullah & En. Zarul

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”

(Al-Furqaan : 74)

 

7 thoughts on “My Big Day

  1. Assalamualaikum! Ko ada eh masa wedding Ct tu. Kat majlis umah dia atau belah lelaki? Sorry la..aku pun tak berkesempatan nak tegur menegur. Aku pun tak perasan org sgt. Ko bukan junior aku kat UM ke? 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s