Burom ohh burom!

Tengah² duk kemas rumah aritu, terkejut aku bila nampak ada sarang burung kat tepi tingkap bilik aku. uhh~ Sepantas kilat aku amik kamera bila aku tengok dalam tu ada 2 ekor anak burung. Aku gegar skit pokok tu, mereka nganga. Sonok pon ade, kesian pon ade aku tgk. Mungkin mereka kelaparan, tunggu mak dia carik makanan. Itu ramalan awal yang aku blh buat.

Si Ibu yang dah perasan aku kacau anak dia dah tak senang duduk.

Memandangkan aku masih lagi duduk kacau ‘baby’ dia tu, si Ibu pegi mengadu kat suami dia. Tak pasal² si suami sound balik si Ibu, “kijo awok jaga anok-anok kito, jago makan minum dio. sayo plok nok kena cari nafkah untuk keluarga kito. Benda kecik gini pom awok dop leh handle. Pandai² la awok setle masaloh awok ni, sayo cbuk . Ado meeting meta lagi. Gapo² nanti mesej jah, jange telepom”.

Si Ibu ternyata kecewa dengan apa yang dah berlaku. Terpaksa dia setlekan sendiri masalah ini. “Ishh!! dop leh harap lasom. Buat anok pandai, nok mitok jago anok smeta jah malas!” jerit hati kecil si Ibu. Terpaksa dia bertindak sendirian nampaknya.

Aku masih lagi sibuk snap gambar ‘baby’ dia. Si Ibu yang tengah marah tu tak berani masuk dekat. So dia lepak kat tangki air rumah aku jer sambil memantau keselamatan anak dia.😀

Nasib baik la si Ibu tak bertindak nekad serang aku. Kalu tak, tak pasal² kepala dah kena patuk. hehe!

p/s : Loghat kelantan digunakan sebab burung² ini tak pandai berbahasa Malaysia. Harap maklum.

Sekian.


2 thoughts on “Burom ohh burom!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s