Potong Lagi

Sekali lagi aku dapat berita yang tak sedap didengar. Berkenaan dengan penarikan balik Elaun Kritikal. Kitorang terpaksa membayar balik Bayaran Intensif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang telah kitorang dapat masa mula² masuk keje gomen aritu. Berdasarkan Surat Pekeliling Kerajaan Bilangan 17, Tahun 2007, Juruukur Bangunan tidak tertakluk di dalam Skim Perkhidmatan yang telah dinyatakan. Aduss… dah la 3 4 bulan aritu dah kena potong RM175 sebab nak kena bayar balik Elaun Sara Hidup. Skang nak kena bayar balik BIPK yang berjumlah RM2000++ tu dalam masa tahun ni.  d[T_T]b

Dah lari perkiraan perbelanjaan bulanan aku nih. Dalam tempoh setahun, bulan² nak kena bayar RM380 [RM100+RM280] dari gaji asal aku nanti. d[T_T]b. Huhu…nampak je skit, tapi kalu campur dengan hutang² lain, bleh tahan gak la. 50% dari gaji dah hangus kat situ bulan². Tak ambil kira lagi perbelanjaan bulanan aku. Ya Allah. Banyak betul dugaan aku kali ni. Majlis kahwin aku dah tanggal bape bulan je lagi. hurm! Tapi, harap² takde masalah untuk perbelanjaan kahwin nanti, InsyaAllah. Cuma perbelanjaan untuk selepas  perkahwinan ni yang aku kena amik kira. Sangat mencabar nampaknya. Huhu!

Nak kena buat calculation balik nampaknya. Perbelanjaan kena semakin berhemah kali ni. Banyak benda yang kena cut nanti. Makan, minyak kete, bil telefon, bla bla bla.😦 Hutang kad kredit InsyaAllah aku akan setelkan bila loan aku dah masuk nanti dalam beberapa hari lagi. Sekurang²nya lega la skit nanti beban aku bulan². InsyaAllah.

Alhamdulillah, dalam 2 3 hari ni aku dah limitkan perbelanjaan makan aku. Target aku, sehari aku akan belanja bawah RM10. Tapi selama mana aku mampu bertahan, wallahu’alam. Tuhan saja tau.

Sesungguhnya dalam kesempitan itu ada kemudahan

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s