haha…hehe…huhu… T_T

Termasuk yang ni, ntah berapa kali entry ‘Aku Bercherita’ berkaitan pasal duit. Aku tadak duit la, aku kekurangan duit la, nak buat pinjaman la, bla…bla…bla… semuanya berkaitan dengan duit!

Aku bukannya nak ceritakan kat orang pasal masalah aku. Mesti orang akan ingat aku nak menagih simpati sebab duk cerita kesemua benda tu. hehe! Kalu ada pun, mungkin secara kebetulan & tidak sengaja. Tapi bukan itu yang aku nak sebenarnya. Apa yang aku buat cuma ingin melepaskan keserabutan & kekusutan dalam kepala aku ni. Lagipun, kat mana lagi aku nak ‘mengamuk’ & ‘meluahkan perasaan’ kalu bukan kat blog aku. Aku tak kacau blog orang lain pun.

Entry aku kali ni nak citer apa yang dah berlaku kat aku petang tadi. Peristiwa yang sangat tragis la aku rse. d[T_T]b Tapi ada hikmah disebalik semua yang berlaku hari ni. Allah Maha Kaya.

Camne la boleh terlupa pasal nk setelkan hutang kad kredit aku. Dah set reminder kat PC ofis, tapi lupa lak nk set kat henpon. Hari ni hari last tuk aku bayar atau dikenakan cas RM50 sbb lewat. uhh! Masa² sekarang RM50 sangat besar bagi aku. Nak tak nak, aku kena setlekan gak harini. Patut lah aku rase macam susah je nak belanja dalam 2 3 hari ni. Memang Allah Taala nak tolong aku. Aku shopping pun, amik barang2 yang penting dan perlu jer. Erm…

Aku teringat pasal hutang kad kredit ni pun masa aku tengah drive nak balik Terengganu petang tadi. Sampai jer K.Terengganu, aku terus masuk town, pegi bank. Tatau la sempat lagi ke tak. insyaAllah sempat kot. Kalu nak kira, duit dalam Maybank ade bape ratus je lagi. Dah kuarkan RM300 tengahari tadi untuk repair kete. Dalam CIMB pn ade RM200++ je kalu tak salah. Tu pun duit yang En. Punat masuk kan. Yang nak pakai, RM680 kesemuanya. er…last², terpaksa la pakai duit saving aku dalam Tabung Haji lg. d[T_T]b Tapi bila sampai² Bank Rakyat, ATM takleh pakai la plak! Demm! Mencarut! Mencarut! Mencarut! Aku dah mati kutu. Cukup ke tak duit Maybank + CIMB aku nak bayar ni? RM680…mana aku nak cekau ni? Erm… nak tak nak, terpaksa gak kuar kan sume duit dalam MBB & CIMB. Kira punya kira, akhirnya aku dapat gak kumpul rm680! Huhuhu! memang ngam² la. Tinggal RM10 je dalam wallet ! (untuk makan malam ni). Dalam Maybank belen RM1++, dalam CIMB lak rm6++. Hahaha… Gila ahh! Dah kritikal aku ni.

Tapi, Alhamdulillah, syukur sangat². Nasib baik Allah Taala dah tolong aku hari ni. Duit yang aku kuarkan utk repair keta terpaksa aku simpan sebab kedai yang aku gi tak bukak. hmm! Pastu, nasib baik la jugak aku isi minyak RM30 jer tadi. Padahal biasanya aku akan isi RM60. kasi penuh je trus. huhu… dan jutaan terima kasih jugak kat En. Punat sebab dah bank-in kan RM200 dalam CIMB aku minggu lepas. Kalu tidak, aku tatau la apa yang jadi arini. Samada aku nak bayar denda RM50 atau terpaksa korek tabung atau mintak belas insan orang lain untuk setelkan hutang ni.😦

Papepun, harap-haraplah aku dapat ‘rompak’ sikit lagi saving aku dalam Tabung Haji esok untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji yang tinggal beberapa hari je lagi.😀

Biar susah, asalkan tidak menyusahkan

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s