A K P K [Aku Kena Pinjam Kot]

Dua tiga hari ni, berlaku sedikit kekejangan pada serebrum & medulla oblongata aku ni. Nak kata jiwa kacau, tak jugak. Cuma macam banyak benda nak kena pikir dan diselesaikan. Majlis kahwin aku pon dah tak lama. Tinggal bape bulan jer lagi. Kena beli tu la, beli ni la. Belanja tu la, belanja ni la. Sume tu kena kuar duit. uhh~.

Dalam duk pening² pasal saving aku yang tidak mencapai target yang dikehendaki tuh, aku ingat nak  kena tambah sikit lagi loan untuk persediaan majlis aku nanti. Umi & abah dan banyak kuar duit untuk repair rumah. Aku tak nak bebankan dorang lagi. Last option, terpaksa la aku tambah lagi hutang aku. d[T_T]b

Kalau aku ni macam Awie, siang jadi mekanik, malam jadi penyanyi lain la. Buat satu show dah boleh hidup sebulan. Tak pun, kalau la aku dianugerahkan bakat semulajadi sebagai photographer yang sangat hebat, satu keping gambar boleh jual riban-riban. Tak pun, tdo malam ni, celik-celik mata tengok duit bertimbun². Tapi bak kata Bumiputra Rocker, ‘Aku hanyalah serangga…’

Haissh! Apa ko merepek ni setan!!

Tengah-tengah duduk serabut pikir pasal nak buat pinjaman bank, tetiba terlintas dalam kepala hotak aku pasal AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit). hurmm!!

Pasal personal loan tu, aku rase takda masalah untuk bayar bulan². Cuma kena buat beberapa perancangan awal untuk  menghadapi sebarang kemungkinan-kemungkinan yang mendatang yang memang tak leh nak jangka. Tak salah rasenya kalu aku dapat nasihat & pendapat dorang. Sekurang-kurangnya mungkin sedikit sebanyak dapat membantu aku dari terus kusut memikirkan benda ni. Lagipun, sesi kaunseling ni free je, bukan kena bayar pun. $$$$

Sekian,

Saya yang menurut perintah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s