Dugaan…

Agak kritikal gak keadaan kewangan aku dua tiga bulan nih. Gaji aku pn banyak yang dah kena potong [ EPF + kete + Cola + PTPTN = RM1000++]. Nak kena saving tuk kahwin lagi. Tinggal bpe bulan je lagi. Busuk², RM1000 kena masuk tabung. Uhh! Dah lah budget untuk claim tahun ni dah dikurangkan. demm! dorang tau nak jimat je.. tapi keje makin byk. Bape sangat balance tinggal nnt… sewa rumah + minyak kete + makan + bills + kad kredit + etc.  Dah la selama ni belanja aku lebih dari pendapatan (negatif). harapkan claim jer yg cover sume tu bulan². Dah la roadtax keter habis 10hb ni… lagi la parah. Gaji untuk bulan ni yang baru masuk habis kat ctu jer. T,T

Nak tak nak, terpaksa aku cari kawan² yang penah hutang duit aku. sowi la beb, aku bukan nk paksa korang bayar, tapi keadaan sangat memaksa, sapa lagi yang aku nk cari. Tu je harapan aku buat masa ni. Yang pinjam skit² tuh aku x pe la lagi. Ni yang sampai seribu lebih tu yang tak tahan. SMS tak pernah bls, bila call, knfem tak angkat.  Shitt ahh!!

Perlu ke aku gadai aset² [ gadget ] kesayangan aku. henpon = rm400++, DSLR (oh tidaakkk!!) = rm2000++. uhh!! tidak tidur malam gak kalu nak dipikirkan tu. Henpon tu bleh lg klu nak gadai. tapi kamera tu, amat sukar untuk diperkatakan. T,T

Kepala otak pun agak kusut skg ni. Nampaknya, selain mnjadi ‘ceti’, terpaksa la buat loan bank [tambah hutang lagi] skit untuk majlis kahwin aku nanti. Memang la mak aku suh pinjam dgn dia, tp bila aku cakap nak pakai banyak, dia pn macam susah je nak bagi. Aku mintak lebih pun, utk nak buat reserve gak, manalah tau papehal berlaku nanti.  takde la terkapai-kapai nanti. Nampaknya, tu je yang aku bleh lakukan buat mase ni. Tapi kata orang, nak buat benda baik ni, nanti akan ada la rezeki mendatang. InsyaAllah. Mudah-mudahan rezeki aku akan dimurahkan & dipermudahkan  dalam segala urusan nanti.  – Amin-

p/s : Nasib baik la aku tak kena saman speed trap khamis lepas. Memang Tuhan nak tolong aku mase tu. macam² ayat yang aku baca, tapi kena tahan gak. tapi bila sampai time nk tulis saman tuh, pegawai tuh bg blk lesen & ic. huhu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s