100110 yang sangat best… :'(

Potong stim betul la. Tak sangka lak  seluar yang aku pakai ari ni besar gile. Pinggang dah ok, tapi paha dan cawat lak yang bapok besar. Aku suruh macik aku alter kaki jer aritu, tak perasan lak tang paha dan cawat tu. Ishh! Dah macam seluar Aladdin plak aku rase.

Memang dah lama aku nekad tak nak pakai sluar kain licin/lembut ni. Salah satu sebabnye, seluar ni tak tahan lama. Pakai kejap jer dah nak kena jahit kat celah kangkang. Tak celah kangkang, celah bontot yang koyak. faktor fizikal aku tidak mengizin sama sekali. Pastu ada la sebab² lain yang tak dapat dielakkan dan disembunyikan bila pakai sluar ni. Ha ha ha!

Satu lagi, pasal tali pinggang yang aku beli kat pasar malam semalam. Sebab dah takde belt hitam, aku cari je yang murah², janji ok.  Ingatkan  nak masuk pejabat dengan semangat baru arini. maklum la, seluar baru dan tali pinggang baru. haha! Tapi lain lak jadinya. Dah la seluar da buat hal, ni belt lak yang terputus. Aduii! Dah la dia putus masa kat dalam toilet. Dum dam dum dam aku nak betulkan balik belt tu dalam toilet, tak pasal-pasal skru belt tu masuk dalam lubang jamban. Aaaarghh!! Bala bala. Nasib baik la aku dah flash lepas tunaikan hajat yang kecik tadi. Konfiden sikit aku nak celup tangan amik skru tu. Sama ada aku biarkan je skru tu kat dalam & aku tak payah pakai belt atau aku terpaksa amik skru tu. er..er…er! arrghh! nampaknya terpaksa gak aku celup tangan aku. tu je yang sempat aku pikir masa tu.  memang takde cara lain. Kau memaksa, aku terpaksa! Kalu nak kira dengan harga belt yang RM10, aku ingat nk biar jer skru tu, tapi bila pikir balik, camne la kalu tak pakai belt! Nanti kang tak pasal² terlondeh seluar aku nanti. Uhuk!

Dan yang paling best, camne la aku tak leh perasan yang aku guna tangan kanan aku masa aku celup tadi. uhh!! sumenya sebab aku malas nak bukak jam yang ada kat tangan kiri aku.. uwaaaa!!  T,T


3 thoughts on “100110 yang sangat best… :'(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s