t w e n t y t e n [ 2 0 1 0 ]

Aku tak set pun azam aku tuk tahun 2010 ni. Tapi aku rase sama macam tahun-tahun lepas…mengharapkan kehidupan arini lebih bermakna dari semalam, mengharapkan lebih maju dalam karier yang aku ceburi [part time budak pejabat + part time orang yang suka pegang kamera]. dan mengharapkan rezeki aku tahun ini akan lebih melimpah ruah. InsyaAllah.

Apa yang telah berlaku diharapkan menjadi pengalaman dan pengajaran. pahit atau manis, aku percaya setiap yang berlaku mesti tersirat tujuan dan hikmah yang tersendiri. Alhamdulillah, walaupun tidak banyak perubahan yang berlaku pada diri aku, tapi aku bersyukur kerana sudah sampai ketahap ini dan masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan ni. Tanpa sokongan dan dorongan keluarga, kawan² dan insan yang paling istimewa dalam hidup aku, mustahil aku boleh berada di sini. thanx a lot. love u so much.

Kembali aku memuhasabahkan diri. terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dalam diri yang perlu diperbaiki. Kadang² aku merasakan aku perlu dimotivasikan setiap hari. aku perlu membuang segala pemikiran negatif yang sering mengganggu dalam kepala aku ni. anasir-anasir yang sekian lama menjadi barah dalam kepala aku.

Selama ini, aku terlalu banyak mengorbankan diri aku untuk kebahagian orang lain, walaupun kelemahan pada diri aku ni banyak menyukarkan komunikasi aku dengan orang di sekeliling. Mungkin juga aku terlalu banyak bertolak ansur selama ini, aku tidak kisah apa yang berlaku pada diri aku, asalkan aku dapat melihat orang di depan aku gembira. mungkin ini sifat semulajadi aku, mudah bersimpati dengan orang lain & kawan-kawan adalah segalanya. Memang susah untuk menjaga hati semua orang. walaupun kadang-kadang aku rasakan diri aku terlalu menyusahkan orang lain, tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk menjadikan diri aku terbaik untuk mereka.

Diharapkan tahun baru ni lebih bermakna untuk aku. Segala kelemahan dan kekurangan pada diri aku dapat diperbaiki dari hari ke hari.  Maaf sekiranya kekurangan aku di masa-masa lalu banyak mengguris hati dan perasaan kalian.

Salam tahun baru dari aku insan yang lemah dan serba kekurangan.

Wassalam.


3 thoughts on “t w e n t y t e n [ 2 0 1 0 ]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s