al-Fatihah

Dua tiga kali gak aku pikir smalam. Nak balik ke tak. Kalu nak kira, aku memang takut nak drive kete masa tu. Hujan dari kelmarin tak henti² lagi. Tapi disebabkan ada beberapa perkara yang aku nk kena setelkan dengan umi dan abah, aku gamble la gak. Tawakal je la. InsyaAllah selamat.

Dalam pukul 3 lebih la kalu tak salah, hujan da kira ok  skit, nak bandingkan dengan yang kelmarin dan pagi tu. Tapi bila aku dah half way jalan, dia turun lagi. Nak tak nak, aku kena teruskan gak. Tapi kena naik macam orang baru belajar kete la. Sejak kejadian haritu, aku dah macam fobia dengan hujan. Ingatkan dah selamat la kalu naik kereta, tapi sama gak macam motor. Cuma bezanya mungkin kecederaan dengan kereta ni tak sama kalu nak bandingkan dengan motor.

Dalam lebih kurang beberapa minit je lagi aku nak sampai rumah, tiba² aku dapat second call dari umi. Maghrib tadi umi dah call, tanya aku dah sampai mana. Tapi panggilan kali ni aku dah dapat rasakan sesuatu yang tidak sedap didengar. Umi cakap, Pakcik Man (datuk sedara aku) dah ‘tiada’. Baru je petang tadi. Innalillahi wainnaailaihiraaji’un. Berita tu buat aku terkedu sekejap. Last sekali aku jumpa arwah kat Masjid Telipot beberapa minggu lepas. Arwah antara sedara-mara belah arwah datuk aku yang masih rapat dengan kitorang. Memang sebelum ni aku tahu arwah ada sakit jantung. Tapi masa aku jumpa dia aritu, nampak cam ok je. Mungkin ajalnya dah sampai.

Semoga roh arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang mendapat rahmat & petunjuk dari-Nya.

InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s