monday morning..

Masuk je ofis, aku tengok sorang pakcik kat ofis aku nak makan satu coklat ni. Pakcik ni antara staf yang rapat ngan aku kat ofis ni. Walaupun tengah tercungap² kepenatan, tapi aku rase nak tanya gak pakcik tu.

Aku : Che Wan makan mende tu?

Cik Wan : Ni cakelat hok Kak Ti bagi aritu..hemper mende tah. Dorang bagi-bagi kat staf suh makang.

Aku : owh! Saya pn dapat se. tapi saya tok makang. Cakelat ni oghang kabor tokleh makang sebab ade lemak “Ba Alif Ba Ya”.

Cik wan : Ehh!..ye ke? Mane en. adib tau? Pakcik tu dah cuak.

Aku : Saya pun suke makan cakelat ni, tapi lepas saya tau pasal ni, saya dah tak makang.

Aku tunjuk ingredients kt blakang coklat tu. Memang ade tulis…Pembaur @ Emulsifier (E476). Terang lagi berspot light. Memang la dia tak tulis kat situ “Ba Alif Ba Ya”. Nak meyakinkan pakcik tu, aku try tanya En. Google. Aku percaya En. Google boleh membantu aku meyakinkan pakcik ni. Aku tunjuk kat Che Wan website Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Ada satu artikel yang duk cite pasal Kod-kod “Ba Alif Ba Ya” dalam makanan. Baca artikel -> Perkim

Aku tinggalkan Che Wan dengan artikel tu, pandai² la di baca nanti. Aku nak kena gi Kemaman pagi ni. Dah la barang² tak siap packing lagi. Huhh! demm! Plug kat bilik aku tendang pulak. Dah tak leh nak on kipas kat bilik. “mencarut3x!!”. Dah la aku tengah kepanasan ni. Baju aku dah basah kuyup ni. Panas la plak pagi ni. Uuh! Aku amik benda² yang aku nak kena bawa gi site dan terus turun bawah sebab driver dah tunggu kat bawah.

Erm! Timbul satu kepuasan dalam diri bila dah buat satu kebaikan. Walaupun tak seberapa, tapi aku rase tanggungjawab aku utk gitau pakcik tu. Aku tak sanggup tengok pacik tu telan cakelat tu.

Aku rase ramai lagi umat Islam tak tau pasal Kod-kod Babi pada makanan ini. Mungkin yang tak peka tentang benda ni, dorang main telan jer. Aku tak cakap aku arif pasal benda ni.. tapi mana yang aku tau, aku rasa tak salah klu aku nk kongsi dan sampaikan kat orang lain. Alhamdulillah, Allah telah memberi aku kekuatan pagi ni utk ‘membuka mulut’ aku yang sangat susah nak berkata-kata ni.

Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s