Kuasa Minda Syirik??

Setelah sekian lama aku telah cuba untuk mempelajari salah satu daripada ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah Taala kepada manusia ini. Tetapi disebabkan beberapa penerangan yang telah diberikan oleh ustaz-ustaz dan ahli-ahli agama tentang perkara ini, lebih baik kiranya aku mengambil langkah yang lebih selamat.

Tujuan aku wujudkan blog ni pun adalah untuk aku kumpulkan segala ilmu-ilmu yang aku perolehi daripada pembacaan aku untuk dikongsikan bersama rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja yg mengunjungi blog aku ini.

Setelah sekian lama aku mencari orang yang arif yang boleh memberi penjelasan tentang persoalan ini. Perkara yang melibatkan akidah tidak boleh dipandang sebelah mata. Mungkin artikel yang aku jumpa dalam blog linncomel, yang juga boleh aku katakan salah satu tempat rujukan aku, sedikit sebanyak dapat membantu aku.

Alhamdulillah, sempat juga saya mengemaskini blog untuk hari ini. Sebenarnya ia cuba untuk mengemaskini blog awal pagi tadi, tetapi terdapat gangguan internet akhirnya saya terpaksa membatalkan niat saya untuk mengemaskini blog.

Saya ada terbaca satu laman web  yang mengatakan kuasa minda adalah syirik. Ya, secara ikhlas saya setuju sama sekali kuasa minda adalah syirik, jika anda percaya bahawa mindalah yang memberikan segala yang anda inginkan. Di sini saya ingin tekankan kepada anda. Minda adalah anugerah. Tetapi yang menganugerahkan segala keinginan anda, samada rezeki , kesihatan atau kegembiraan hanyalah ALLAH.

Ianya umpama anda demam, seterusnya pergi berjumpa doktor, seterusnya bercerita tentang masalah anda. Akhirnya  doktor memberikan paracetamol ataupun lebih dikenali sebagai panadol untuk mengurangkan demam anda. Selepas anda memakan panadol seperti yang disarankan oleh doktor, akhirnya anda sembuh. Satu perkara yang perlu anda ingat dan sentiasa ingat. Yang memulihkan anda adalah ALLAH. Bukan panadol tersebut. Panadol itu hanyalah satu alat untuk anda berusaha menyembuhkan demam anda. Tetapi yang menyembuhkan anda adalah ALLAH.

Begitu juga dengan minda. Minda hanyalah satu alat untuk anda berusaha mencapai setiap keinginan anda. Yang mengkabulkan permintaan dan hajat anda ialah ALLAH. Jangan sekali- sekali mencemarkan akidah anda dengan mengatakan minda anda yang berkuasa memberikan apa sahaja yang anda inginkan.

Saya akui minda adalah anugerah luar biasa yang ALLAH berikan kepada kita. Tetapi setiap apa yang berlaku adalah dengan izin yang Esa. Apa yang saya tulis ini adalah dengan kehendak hati saya, bukan dipaksa atau diluar kerelaan saya. Seperti anda juga , saya masih lagi mencari kejayaan , kejayaan samada di dunia mahupun akhirat.

Maafkan segala kesilapan saya , jika terdapat artikel saya menjadikan anda terlalu taksub dengan minda sehingga membuatkan anda lupa akan kebesaran ALLAH, apa pun saya akan menyemak semula dan akan memperbetulkan sekiranya ada  yang tidak betul. Saya adalah manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

Mungkin besok, saya tidak dapat mengemaskini blog ini, kerana saya akan menghadiri ESQ seminar sebagai alumni. Sekiranya ada yang berminat untuk menghadiri kursus ESQ, bolehlah hadir ke PWTC, mungkin boleh hadir preview percuma untuk mengetahui apakah ia  ESQ 165. Mungkin En. Izhar boleh update, bilakah waktu preview seminar akan di adakan.  Semoga kita sama-sama menuju ke arah keredhaan ALLAH.

2 thoughts on “Kuasa Minda Syirik??

  1. Saya bersetuju dengan pendapat anda. Ini bukan sahaja pendapat tapi, KEBENARAN yang perlu kita PEGANGI. Ramai individu yang berjumpa dengan saya, sering terkejut dengan jawapan yang saya berikan lebih memberatkan kepada KETUHANAN. Dalam buku Kuasa Minda Separa Sedar, saya juga ada mengukapkan tentang betapa pentingnya kita berlapik dalam pegangan. Dengan kata lain, jangan beriktikadkan bahawa, minda kita berkuasa tapi, iktikadkan bahawa minda adalah anugerah ALLAH yang amat istimewa. Kuasa minda adalah salah satu petunjuk kekuasaan Allah kepada umat manusia. Kita adalah khalifah di muka bumi ini.

  2. Ianya adalah peraturan ciptaan Tuhan sahaja.

    Sila fahami betul2. Alpha itu adalah nama frekuansi alam yg diberi nama oleh manusia yg membuat kajian. Dalam alam ada berbagai bagai frekuansi ciptaan Tuhan , ia bukanlah Tuhan.
    Bagi mereka yg keliru…..ini pendapat saya
    War Rie ilmu apa pun anda pelajari usah taksub , ilmu agama Islam adalah perlu diutamakan didalam melaksanakan kehidupan. jika ilmu agama lemah, maka segala ilmu mencipta alat, alat doktor, alat komputer ,telefon dan sebagainya tidak akan jadi ibadat dan fadhilat kerana didalam solat bacaan “hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam”.

    Segala energi atau tenaga telah mengikut peraturannya seperti mana planet planet yg beredar di alam semesta tanpa berlanggar satu sama lain.

    Peraturan Alam yg ditetapkan.
    Malaikat pun ada diberi tugas masing masing.

    Apa yg penting akidah dan syariat (wajib,sunat,harus,haram)yang tepat perlu dilaksanakan supaya segala urusan duniawi termasuk apakah amalan setiap manusia itu menjadi nilai akhirat.

    Tenaga atau energi saya buat perbandingan.adakah membawa kereta, mebawa basikal itu syirik? ia boleh dikategorikan syirik kecil jika kita mempercayai bahawa kenderaan tersebut bergerak kerana kita yg menggerakkannya. iktikad yg betul adalah mempercayai bahawa Allah yang menggerakkan kenderaan tersebut, kita mengusahakannya dangan ilmu membawa kenderaan dipelajari dimana ada KUASA pada petrol dan elektrik. dimana KUASA pada enjin, petrol, bateri dan elektrik telah Allah kurniakan untuk manusia digunakan untuk manfaat. itulah gunanya akal yang ada pada manusia.
    Kadang2 ada manusia diuji kerana akal sendiri tersesat dan menjatuhkan menjahanamkan manusia . Itulah ujian Allah s.w.t

    begitu juga dengan apa yg kita pelajari .iktikadnya kita perlu mempercayai bahawa Allah yang memberi keberuntungan dan keharmonian. Apa pun teknik konsep ilmu kita mengusahakan dlm penyampaian samada secara spiritual ataupun secara fizikal.kemudian beserah kepada Allah (tawakkal).

    Ada org memandang usaha rezeki dan keharmonian bergantung hanya kpd usaha fizikal. ini adalah kerana ilmu2 (metafizik ) ilmu ghaib kurang diberi perhatian. contohnya, dengan adanya pokok2 yg banyak di sekitar rumah akan membawa keharmonian pada fizikal dan juga minda.

    Bagaimana kedamaian pd pokok boleh memberi keharmonian pd hati dan minda. disitulah perlunya ilmu2 spiritual. Allah telah menjadikan pokok sentiasa berzikir.Pokok juga mempunyai roh yg boleh berhubung dengan manusia secara rohani. apabila ia berzikir, roh pokok akan berhubung debgan roh manusia secara semulajadi. dari situlah datangnya keharmonian.

    begitulah juga dibandingkan dengan apa konsep tenaga atau energi . didalam bumi ada tenaga dan ada juga alam2 lain seperti alam jin, alam roh & alam wali. alam2 ini tidak nampak dgn mata kasar tetapi jika ada ilmunya, alam2 ghaib ini boleh dipergunakan untuk mendapat apa sahaja hasilnya di alam fizikal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s