Majlis Pertunangan : Shakir & Leena

September 26, 2009 arthept 1 comment

IMG_4060IMG_4066IMG_4106IMG_4110IMG_4108-2IMG_4114IMG_4142IMG_4146IMG_4149IMG_4098

[ http://arthept.wordpress.com ]

Categories: Photos

Pantai Cahaya Bulan

September 26, 2009 arthept Leave a comment

IMG_4196IMG_4185IMG_4192IMG_4213IMG_4198

Categories: Photos

Majlis Pertunangan : Zali & Chewe

September 24, 2009 arthept Leave a comment

IMG_4018IMG_3936IMG_3933IMG_3879IMG_3985

Categories: Photos

Salam Eidul Fitri . Maaf Zahir Batin

September 17, 2009 arthept Leave a comment

SelamatHariRaya2009

Categories: Aku

Muhasabah Diri…

September 13, 2009 arthept 1 comment

Makan sampai habis, jangan buang-buang . . . kita lebih beruntung kerana ALLAH memberi kita rezeki. Jangan selalu mengeloh dengan kekurangan kita, kerana ada orang yang lebih susah dari kita . .

Sekadar renungan dipagi yang indah ini . . . buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

“Mana emak? “
“Mak pergi menoreh,”
jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?”
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.”
Jawab budak berkenaan.
“Awak ada berapa orang adik-beradik?”
“Sepuluh.”
“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”
“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”
“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak . . . Kami ni makan sekali je sehari…”
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah . . Emak bapak tak mampu . .”
“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!“. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”
Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?
Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana

Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah .
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Read more…

money money . . .

September 12, 2009 arthept Leave a comment

huh! mahal gile . . . tak sangka lak aku , ejas lampu pn smpi spuloh hengget .

padahal aku blh je nk buat sndiri . sbnrnya aku dah buat smlm ,

cuma kaedah je yg tak betul . skit je pun . stkt pusing² skru jer .

amoi tu ckp mmg da stendek harga dia . (shit!!)

pstu , lepas g repair lampu kete , aku snggah kedai runcit jap .

gi cari span hijau . aku mmg suka pakai span tu masa mandi .

mesti korang pelik , span yg org guna bt basuh pinggan mangkuk ,

aku buat gosok² badan aku . he he he

lupakan sekejap psl kegunaan span itu dlm kehidupan harian aku .

yang aku hangen kat cni , span yang aku biasa dapat rm0.90 (paling mhl rm1) satu

bundle (ada dlm 5 @ 6 keping klu tak salah aku)

kedai tu blh jual 30 posen satu . huh! dem!! bpe byk da dia untung kt ctu .

klu nk kira , aku da tak amik span tu , tp memandangkan stok y aku ade da abes ,

dan aku plak malas nk g naik super market smata2 nk cari span tu , aku bli jer .

bkn nk berkira pasal duit . stakat 30 posen tu , apa la sgt kn .

tp keadaan skg da sgt tenat . senang² je dorang nk amik untung .


nikmat ini kadang² tidak disedari

tapi kehilangannya betul² disedari pabila ia tiada

Categories: Aku

Minum Air Suam Selepas Makan

September 11, 2009 arthept Leave a comment

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan  Serangan Jantung . . . . Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

image002

image001

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Sumber : emel

Categories: Kesihatan

Diari Ramadhan…

September 7, 2009 arthept Leave a comment

+ 17 Ramadhan +

[ n u z u l Q u r a n ]

2 tahun lepas , pada tarikh ini la arwah telah dipanggil untuk mengadap Penciptanya . walaupun sudah dua tahun berlalu , tapi hatiku sering sayu mengenangkannya , lebih² di saat menyambut Aidil Fitri . setiap kali hendak raya , dialah antara orang yang paling sibuk dengan persiapan rayanya .

slama 2 minggu umi dan abah berpuasa di dalam wad sebab terpaksa menjaga arwah . selama tempoh itu la , macam² ‘gangguan’ yang diluar jangkaan berlaku . perkara yang betul² menguji keimanan kami . segalanya berakhir apabila arwah pergi meninggalkan kami untuk selama²nya . teringat lagi aku apa yang abah bagitau . malam itu , abah lah yang menjaga arwah di hospital . abah cakap ,  kak long ‘ dijemput ‘ oleh arwah tok ayah (datuk) semasa arwah menghembuskan nafas terakhirnya . percaya atau tidak , itu terpulang pada diri masing² . memang arwah sangat rapat dengan mamatok (nenek) dan arwah tok ayah sejak kitorang kecik lagi .

tak sangka , terlalu cepat arwah meninggalkan kami . arwah pergi di saat dia masih diperlukn . berbanding dengan aku , arwah lebih rapat dan baik dengan adik-adik aku . mungkin sebab aku dah lama sangat berjauhan dengan family aku , tak banyak sangat masa aku peruntukkan dengan mereka . balik kampung pun , time cuti jer . so adik-beradik aku takde la rapat sangat dengan aku . kadang² aku rasa aku yang patut pergi dahulu . kadang² aku merasekan aku langsung tidak diperlukan oleh sesiapa . aku ade ke , aku takde ke , tak penah orang nk peduli .
hurm . . .
tapi segalanya telah ditakdirkan , dia yang pergi dulu . mungkin Tuhan lebih menyayangi dia .

terlalu banyak dugaan yang telah arwah terima sebelum mengembuskan nafasnya yang terakhir . di sini aku dapat lihat betapa besarnya kasih sayang Allah kepada manusia . walaupun susah untuk aku terima pemergiannya , tapi aku bersyukur kerana dia telah pergi dengan cara yang mulia . arwah ‘dijemput’ oleh arwah tok ayah pada malam nuzul Quran di bulan Ramadhan , bulan yang penuh dengan rahmat .

+ a l f a t i h a h +

me
aku-ngan-kakak-aku1

lagih
kadang² Allah hilangkan matahari

kemudian Allah datangkan kilat dan petir

kita menangis mencari di mana kah matahari itu
dan memikirkan kenapa semua ini berlaku

rupa-rupanya Allah ingin hadiakan pelangi yang sangat indah

Categories: Aku

Salam Ramadhan..

September 1, 2009 arthept Leave a comment

Diari Ramadhan

dup dap dup dap. . .

dah masuk hari ke 11 umat Islam berpuasa. . .

mmg ak tak sedar hari2 blalu sgt cpt . . .

puasa aku tahun ni tak macam puasa aku tahun-tahun yang lepas . . .

mgkn tiada penghayatan dan persediaan tuk menghadapi ramadhan kali ni . . .

mgkn perubahan logistik yang mmbuatkan aku masih blur dan kebingungan. . .

belum bersedia untuk menerima perubahan ini. . .

hurm . . .

diharapkan baki 20 hari ni dapat aku manfaaatkan sepenuhnya.

i n s y a A l l a h

Categories: Aku

Jentera beratku

August 22, 2009 arthept 2 comments

kereta

huhu! Byk la plak nk kna kuar duit. Kering gak la aku bulan ni. Dah la gaji dah byk kena potong (EPF+PTPTN+kereta). Bpe sgt la dapat bulan². mmg ckp2 tuk makan je.  Nasib baik dapat cari buyer untuk Blackberry aku. Ada la skit talian hayat tuk hdup \o/ .  Klu tak, terpaksa la ikat perut bulan ni. bla bla bla…road tax kete plak tamat tempoh. ermm.. nasib nasib. Tapi nasib baik la insurans kete aku ade lagi. Nk setlekn kt Tganu, geran lak ade kat Kelantan.. last², tpksa suh umi yang setlekan sume.

Nasib baik la roadtax sempat siap sebelum khamis, klu tak..kecut perut gk nak balik kampung nnt. Polis ni bkn blh caye pon. Time dia rase nk buat road block, dia buat la. Tapi alhamdulillah, sumenye selamat. Sampai je kat kota bharu ptg kameh tu, tayar kete lak bocor :( . huuu~ tp nasib baik la dia bocor mse da sampai umh. Mau dia bocor tgh² jalan, menggagau² la aku. Da la spare tyre kt dalam bonet xleh nk guna. Ntah cmne la tak bleh muat saiz dia. hmm! Mungkin owner lama da tukar.

Terpksa la kuar duit lagi. Satu town gk aku pusing survey² kdai tayar. Aku pn tatau nk letak tayar apa lak kat jentera cabuk aku ni. Nak tukar tayar pn, kna servey harga gak. Benda bkn murah…smpai 7 8 ratus…dengan keadaan kewangan aku skg, tpksa la memilih skit. Kalu dapat yg murah, kualiti lak kurang, dapat yg ok, duit lak kna kuar lebih. ermm! Nak tak nak, tpksa aku korbankn skit tuk kualiti yang lebih bagus. Nasib baik dapat pasang kt kedai mmber…at least dapat la main² harga skit. Walaupun agak terasa, at least puas hati la skit. huhu~

Categories: Aku