Renungan

solat-1

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab “Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’ Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..’

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

[SOLD] EOS 400D + Batt Grip

[WTS] Canon EOS 400D

RM1200 (negotiable)

+ kit lens [efs18-55mm]

+ BG-E2 Battery Grip

+ standard accessories include
+ Ori Strap + Battery charger + cables + CDs + Box
+ 2 extra battery

Cosmetic Condition : 8/10

Sebab jual : Upgrade

NOKIA 6500slide (2nd hand) tuk dijual

NOKIA 6500s (black edition) – 3.2 MP (Carl Zeiss optics)

Harga Cadangan = RM799 (boleh dirunding)

Fullset :

  • Charger
  • Handfree
  • Nokia 512 MB Micro SD Memory Card + New 1GB Memory Card (ScanDisk)
  • Nokia Micro USB Cable
  • Nokia TV-Out Cable CA-92U
  • CD ROM
  • User guide

Baru pakai 2 bulan lebih [Mei 2008]

Masih ade 13 Bulan warranty dari Comsat Comm. (Refer Tokanhenset)

Sebab Nak Jual : Sangat Memerlukan Wang

Sesape yg rase berkenan, SMS aku (0123335441). Kalu korang nak tau lebih detel psl spec dia, chek la kt website NOKIA (Click Here)

Esok mungkin lebih indah…

Alhamdulillah…pagi aku harini bermula dgn sempurna. Tiada benda yang membuatkan aku pening. Walaupun aku dapat rasakan makin hari makin susah nak bangun awal. hehe! Dulu masa tadak TV boleh lar tdo awal. Sekarang…? hurm.

Salam pengenalan…

Ntah bpe kali aku bukak blog, tapi takde satu pn yg aku bley maintain. Kalau tak salah aku, ni blog aku yang ke-4…lepas blogdrive, blogspot, dan friendster/blog. Mungkin yg dalam frenster tu je la kot klu aku rajin² nak post…tu pn bergantung kepada keadaan emosi dan mood aku.

Keadaan sekarang memaksa aku mencari satu medium untuk aku melepaskan segala-gala yang telah lama membelengu di dalam benak fikiran aku ni. Satu medium supaya org² disekeliling aku tau keadaan aku. Tak sume idea/masalah/luahan dapat visualkan dalam photo. Mungkin sesetengah keadaan, amat sukar utk aku explainkn dalam bentuk photo yang telah diedit menggunakan photoshop. haha!