
Selamat hari lahir abah buat kali yang ke-53.
Kami doakan agar abah dikurniakan kesihatan yang baik dan berkekalan,
Semoga kehidupan kita sekeluarga dilimpahkan dengan keberkatan
dan rahmat dari-Nya,
Semoga dimurahkan segala dalam urusan ini,
Kami semua sayang abah.
~ LOVE U ABAH ~
Category Archives: Photos
Wedding : E & Eg

First time aku shoot weeding dlm dewan. Masa aku terima offer dari Lily (adik pengantin), aku main setuju jer. Memang tak pikir panjang masa tu. Padahal, peralatan kamera yang aku ada pun tidak cukup. Yang ada pun basic² jer. Mula-mula memang aku tak berani nak amik. Yer la, dah bape lama aku tak amik gambar orang kawen, pastu duk pikir event yang GRAND lagi, logik lah aku ketaq lutut. Tapi bila Lily gtau tugas aku just amik gambar tetamu & dah ada lagi beberapa orang official photographer lain, aku terima jer.
Kebetulan masa tuh tengah ‘kering’. Nak tak nak, aku gagahkan gak terima offer tuh. At least, dapat la tampung belanja aku sebelum tunggu gaji bulan ni. haha. Walaupun last² minit aku masih berbelah bahagi nak pegi ke tak. Tapi bila pikir-pikir balik malam tu, apa nak jadi, jadi la. Kalu fikir secara positifnya, sekurang-kurangnya aku dapat satu pengalaman baru malam tu.

Masa rehearsal tengahari tuh baru la aku dapat tau yang VIP pun akan datang skali nanti. Masa tuh aku dah goyang. “take it or not”.. “take it or not”.. “take it or not”.. nak tak nak, aku gamble jer. haha.

Alhamdulillah, tiada apa-apa aral melintang malam tu. Benda takde la susah sangat pun sebenarnya. Takde la seteruk sepertimana yang aku duk pikir. Lagipun, perjalanan majlis kahwin ni pun sama mcm majlis² yang penah aku jumpa sebelum ni. So takde lah aku kekok sangat. Cuma halangan paling besar satu je lah. Dengan kamera canggih ‘cabuk’ yang peralatan yang tidak lengkap ni + kemahiran kamera yang sangat dasyat kurang ni, memang mencabar la. Tapi, syukur Alhamdulillah, dapat gak la aku snap beberapa keping gambar. Harap²lah apa yang aku dah buat ni memenuhi kehendak dorang. huhu.
Terima kasih kepada pihak keluarga pengantin yang banyak beri kerjasama sepanjang malam tu. Tak lupa juga Encik Big yang jadi tempat rujukan aku. haha. Dan teristimewa buat isteri aku yang sentiasa duk support aku dan sabar dengan ‘kerja’ aku ni.

Salam Aidilfitri 2011










Majlis Persaraan Pengarah JKR Terengganu
“Telah ditetapkan 3 perkara ke atas kamu, iaitu, AJAL MAUT, JODOH & REZEKI. Tak kira la dimana kamu dicampakkan atau dihantar, rezeki Allah Taala sudah ditentukan. Maka laksanakan tugas yang telah dipertanggungjawab ke atas kamu dengan sebaik-baiknya..”
Itu antara kata-kata yang selalu Tuan Pengarah aku duk ulang dalam setiap perjumpaan dengan staf-staf dia. Seorang yang sangat motivated dan penuh dengan kata-kata nasihat. Dalam banyak-banyak Pengarah di JKR Malaysia, dia sorang je pilihan yang ada dan layak untuk post Pengarah di JKR Terengganu yang suatu ketika dulu sangat terkenal satu Malaysia. haha. Walaupun aku jarang berurusan secara personal dengan dia, tapi itu je satu-satunya yang aku kagum dengan dia. Seorang yang pandai bermain dengan psychologi dan seorang yang sangat low profile.
Majlis perpisahan Tuan Pengarah JKR Terengganu yang berlangsung kat Hotel Primula, Kuala Terengganu. Disebabkan dah bayar (paksaan T_T), terpaksa gak la aku datang. Walaupun ngantuk yang amat sangat malam tu, aku gagahkan jugak pergi, walaupun berat hati nak tinggal bini sengsorang kat umah. hehe.
Di kesempatan yang ada ni, aku amik peluang nak test gajet baru aku ni.
Mula² segan gak nak bak kuar kmera, tapi last-last baru ilang skit rase kekok. Maklumlah, dah nama pun majlis formal. Lagipun aku bukan ditugaskan untuk menjadi OP utk event tu, so xde la aku perlu bersusah payah nk shoot. hehe.
Stock Clearance
Aku nak perabis gambaq-gambaq lama yang ada dalam simpanan aku yang belum sempat aku edit. Ni yang paling latest sebelum aku ‘bungkus‘ kamera aku. Lepas entry ni, mungkin takkan ada entry gambaq baru lagi.
Thanx kepada yang telah banyak membantu aku selama ini. Kalau umur panjang & aku diberi peluang, ada la entry baru nanti.
InsyaAllah.
Dinner @ Sabak Seafood
Kimi @ PiCC
Outing @ Pasar Siti Khadijah
Pantai Batu Rakit, Terengganu
Majlis Resepsi Roslan & Norbayu
Penang Trip


Buat pertama kalinya aku pegi melawat sang ratu dekat UUM. Kitorang dah plan nak celebrate besday aku kat sane. Takde la buat gempak² pun, buat kecik² jer. Mula² plan nk gi Langkawi, tapi last last change to Plan B. Gi penang jer. X kisah la, jnji dapat luangkan masa bersama. Ni trip pertama kitorang slps kaween. Dah beberapa kali plan nk g honeymoon, tak kesampaian. Masa dan kewangan membatasi. InsyaAllah ade rezki nanti akan terlaksana la kot.

Macro ke ni?
Amazing Malaysia @ Pantai Mek Mas
Outing Ridel Hotel 2
Pertamanya kalinye aku tgk ramai gile jurugambar² dan fotographer² Kelantan berkumpul. Mula² ingat sikit jer, tapi jumlah yang hadir semalam di luar jangkaan aku. Kalu tak silap aku, ade la dekat² 100 org yang datang semalam.
Banyak otai² yang datang semalam. Uncle (Azmie), Junaidi (Mr. Monsoon), Shamabd etc. Antara yang aku knal dan nak sangat jumpa, Topeng Perak Unmasked (TPU), Sham Khaleefa dan ade la lagi 2 3 orang yang aku dah lupa nama. hehe! En. Chot yang ada sesi di kota bharu pun sempat menyinggah semalam.
Penampilan khas Encik Chot Touch

Outing @ Ridel Hotel 1
Pesta Tanglung 2010
Budak² Merempit
Minggu lepas, aku balik kb lagi. Tu pun sebab ade appointment dengan doktor gigi. Jumaat lak ingat nak join BBQ Huru-hara Hari Raya kt Pantai Melawi, tapi terpaksa batalkan atas beberapa sebab. Dan aritu dah plan cantek² nak lepak dgn kawan skolah lama yang baru je terjumpa kat fesbuk. Yang bestnye, dorang pun layan DSLR mcm aku gak. Benda² ni pun aku tau last minit. Tak sempat nak plan btul². Main janji jer. Last², sume yang aku plan nak buat minggu lepas tak jadi T_T. Lepak kat umah jugak aku akhirnya. huhu.
Cuma petang jumaat tu je aku kuar jap, saje jalan² amik angin. Tidak lupa ‘senjata pemburu’ aku, mana la tau ade aktiviti² menarik hujung mgu ni kat town. Memang nasib menyebelahi aku aritu. Dapat jugak la aku menembak, daripada langsung takde benda yang aku nak buat.































Tag : Nadzif & Shahrizal












































































