Archive

Archive for the ‘M o t i v a s i’ Category

Mengapa gelisah tentang rezeki

April 21, 2008 arthept Leave a comment

  “Wahai manusia, taat dan berkhidmatlah kepada-KU dan janganlah gelisah tentang rezeki kerana rezeki telah AKU selesaikan urusannya; jangan berdukacita atas sesuatu yang telah AKU selesaikan urusannya untukmu.” – Hadis qudsi

Kerisauan manusia tidak lain tentang apa yang akan dimakannya. Apakah dia ada makanan pada hari ini dan apakah makanan tetap ada untuk besok. Apa yang akan melepasi anak tekak amat-amat dikhuatirinya. Untuk itu dia sanggup bekerja keras, berusaha sedaya yang boleh bagi memastikan dia tidak keputusan makanan.

Manusia hampir sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan dia tidak kelaparan. Hampir semua jenayah dunia berkaitan dengan perut. Walaupun ada sebab-sebab sampingan, susur galur sesuatu perbuatan jahat itu mengambil tempat sedikit sebanyak berpunca daripada makanan. Manusia menjadi ganas apabila dia kelaparan. Dia juga menjadi lebih ganas tatkala kekenyangan. Dalam keadaan biasa dia tetap mahukan makanan. Makanan tidak dapat lari daripada kehidupan.

Mengapa tergamak mengambil hak orang dengan cara yang tidak dibenarkan? Mengapa sampai hati melakukan tipu muslihat untuk memperdaya? Mengapa berusaha untuk merebut sesuatu yang sudah dimiliki orang lain? Bukankah lebih baik berusaha untuk mengambil sesuatu yang belum dimiliki oleh sesiapa? Bukankah ALLAH berfirman, maksudnya;

“KAMI (ALLAH) telah menjadikan untukmu semua di dalam bumi itu sebagai lapangan mengusahakan kehidupan. Tetapi hanya sedikit sekali kamu berterima kasih.”
(Al-A’raf: 10)

Bumi adalah lapangan untuk berusaha. Bumi menyimpan khazanah yang menanti untuk diteroka seterusnya dimiliki.

Untuk mendapatkan keselesaan hidup tiada siapa boleh berserah pada nasib dan tuah. Kisah manusia bertemu gua penuh dengan harta karun tidak mungkin berlaku lagi pada zaman kini. Jika ada pun kehidupan yang bakal dilaluinya selepas itu tetap menjadi tanda tanya sebab sesuatu yang mudah didapati mudah pula hilangnya.

Adalah lebih mudah berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan jalan yang benar daripada jalan yang batil. Anda mencuri, anda akan mendapat apa yang anda mahu; tetapi proses mencuri itu jauh lebih susah daripada anda bekerja dan mendapatkannya secara mudah.

Anda silap jika anda menganggap mengambil hak orang dengan jalan yang tidak betul itu lebih mudah daripada berusaha mendapatkannya dengan jalan yang betul.

Seorang webmaster yang ditugaskan memantau laman web rasmi sebuah syarikat lebih suka melengah-lengahkan kerja kerana menyangka dengan berbuat begitu dia boleh ‘demand’. Dia lebih suka memberikan alasan mengapa updating tidak dilakukan mengikut ketetapan daripada berusaha melakukan updating secara berkala. Untuk itu dia terpaksa mereka bermacam-macam alasan kepada pihak yang bertanya.

Selama setahun dia berjaya mengaburi mata pemilik laman web tentang masalah-masalah yang timbul. Selama itulah dia mereka pelbagai alasan untuk memberi gambaran betapa sukarnya tanggungjawab berkenaan.

Bagaimanapun, akhirnya, pemilik laman berkenaan menghentikan perkhidmatannya dan melantik webmaster yang baru. Semua updating yang dikatakan mustahil selama ini dapat dilakukan dengan tempoh yang sekejap dan sempurna sekali.

Nilailah diri dengan enam unsur berikut, setiap urusan akan menjadi lebih mudah dan mubar:

Musyaratah – Membuat perjanjian diri sendiri.

Muraqabah – Merasai kehadiran ALLAH setiap ketika dalam apa jua tindakan.

Muhasabah – Menilai diri sendiri.

Muaqabah – Sentiasa mendidik diri

Mujahadah – Usaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha.

Mu’atabah – Menahan diri dari segala kekejian.

Maka, selamatlah seseorang itu daripada berasa malas dan suka mengambil kesempatan. Bermalas-malas dalam pekerjaan itu sama halnya dengan mengambil hak orang. Rezeki kita biar kita yang usahakan sendiri lantaran ia memang sudah tersedia buat kita.

Sumber : Dr. Tuah

Categories: M o t i v a s i

Kuasa Minda Syirik??

April 15, 2008 arthept 1 comment

Setelah sekian lama aku telah cuba untuk mempelajari salah satu daripada ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah Taala kepada manusia ini. Tetapi disebabkan beberapa penerangan yang telah diberikan oleh ustaz-ustaz dan ahli-ahli agama tentang perkara ini, lebih baik kiranya aku mengambil langkah yang lebih selamat. 

Tujuan aku wujudkan blog ni pun adalah untuk aku kumpulkan segala ilmu-ilmu yang aku perolehi daripada pembacaan aku untuk dikongsikan bersama rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja yg mengunjungi blog aku ini.

Setelah sekian lama aku mencari orang yang arif yang boleh memberi penjelasan tentang persoalan ini. Perkara yang melibatkan akidah tidak boleh dipandang sebelah mata. Mungkin artikel yang aku jumpa dalam blog linncomel, yang juga boleh aku katakan salah satu tempat rujukan aku, sedikit sebanyak dapat membantu aku.

Alhamdulillah, sempat juga saya mengemaskini blog untuk hari ini. Sebenarnya ia cuba untuk mengemaskini blog awal pagi tadi, tetapi terdapat gangguan internet akhirnya saya terpaksa membatalkan niat saya untuk mengemaskini blog.

Saya ada terbaca satu laman web  yang mengatakan kuasa minda adalah syirik. Ya, secara ikhlas saya setuju sama sekali kuasa minda adalah syirik, jika anda percaya bahawa mindalah yang memberikan segala yang anda inginkan. Di sini saya ingin tekankan kepada anda. Minda adalah anugerah. Tetapi yang menganugerahkan segala keinginan anda, samada rezeki , kesihatan atau kegembiraan hanyalah ALLAH.

Ianya umpama anda demam, seterusnya pergi berjumpa doktor, seterusnya bercerita tentang masalah anda. Akhirnya  doktor memberikan paracetamol ataupun lebih dikenali sebagai panadol untuk mengurangkan demam anda. Selepas anda memakan panadol seperti yang disarankan oleh doktor, akhirnya anda sembuh. Satu perkara yang perlu anda ingat dan sentiasa ingat. Yang memulihkan anda adalah ALLAH. Bukan panadol tersebut. Panadol itu hanyalah satu alat untuk anda berusaha menyembuhkan demam anda. Tetapi yang menyembuhkan anda adalah ALLAH.

Begitu juga dengan minda. Minda hanyalah satu alat untuk anda berusaha mencapai setiap keinginan anda. Yang mengkabulkan permintaan dan hajat anda ialah ALLAH. Jangan sekali- sekali mencemarkan akidah anda dengan mengatakan minda anda yang berkuasa memberikan apa sahaja yang anda inginkan.

Saya akui minda adalah anugerah luar biasa yang ALLAH berikan kepada kita. Tetapi setiap apa yang berlaku adalah dengan izin yang Esa. Apa yang saya tulis ini adalah dengan kehendak hati saya, bukan dipaksa atau diluar kerelaan saya. Seperti anda juga , saya masih lagi mencari kejayaan , kejayaan samada di dunia mahupun akhirat.

Maafkan segala kesilapan saya , jika terdapat artikel saya menjadikan anda terlalu taksub dengan minda sehingga membuatkan anda lupa akan kebesaran ALLAH, apa pun saya akan menyemak semula dan akan memperbetulkan sekiranya ada  yang tidak betul. Saya adalah manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

Mungkin besok, saya tidak dapat mengemaskini blog ini, kerana saya akan menghadiri ESQ seminar sebagai alumni. Sekiranya ada yang berminat untuk menghadiri kursus ESQ, bolehlah hadir ke PWTC, mungkin boleh hadir preview percuma untuk mengetahui apakah ia  ESQ 165. Mungkin En. Izhar boleh update, bilakah waktu preview seminar akan di adakan.  Semoga kita sama-sama menuju ke arah keredhaan ALLAH.

Categories: M o t i v a s i

Realiti hidup bermula dari minda

April 15, 2008 arthept Leave a comment

 

Individu yang berjaya sentiasa memikirkan apa yang diinginkan dan berusaha menjadikan ianya sebagai satu realiti. Sekiranya kita sentiasa memikirkan apa yang diinginkan ianya kan membentuk imej diri kita.

Individu yang berjaya sentiasa didorong oleh keinginan-keinginannya itu dan tak sempat memikirkan yang sebaliknya atau apa yang tidak diinginkannya.

Sementara, individu biasa lebih banyak berfikir tentang apa yang tidak diinginkan, sesuatu yang perlu dihindari dan ditakuti. Akhirnya dia menjadi dan memperolehi apa yang cuba dihindarinya itu.Individu ini takut hidup susah, akhirnya hidup menjadi benar-benar susah. Takut gagal, akhirnya hidupnya benar-benar gagal. Takut tak ada duit, akhirnya benar-benar tak ada duit. Takut tidak dapat bayar hutang, akhirnya hutang semakin bertimbun.

Minda bawah sedar amat bodoh, semua perkara dianggap benar, tidak kira ianya positif atau negatif dan walaupun kita tidak menginginkannya fikiran kita akan mentafsirkan sebagai sesuatu yang benar.

Anda boleh praktikkan, jika saya kata jangan bayangkan muka Tun Mahathir, saya jamin anda akan tetap membayangkan wajah Tun Mahathir,. Itulah minda separa sedar.Jadi jika minda anda sentiasa diasak dengan gambaran yang negatif, negatiflah jadinya hidup anda.

-Linncomel-

Categories: M o t i v a s i