Archive

Archive for the ‘Aku’ Category

Ulangtahun Kelahiran..

October 22, 2009 arthept Leave a comment

BoatlampuSunset

Hepi besday untuk diri aku sendiri. Terima kasih gak untuk semua yang wish kat aku, terutamanya ‘awak’ yang jadi orang pertama wish semalam. tq so much. (blushing) ahaks!

Dah 26 tahun umur aku skang. muda lagi kan? Nombor tu sekadar angka jer. hehehe!

Hari demi hari, kita dah semakin tua. Hari demi hari, kita semakin menghampiri kematian. Hari demi hari, tanggungjawab kita semakin besar. Semuanya berlaku terlalu pantas. Sampaikan kadang² kita hampir terleka dengan perjalanan hidup ini.

Diharapkan kehidupanku kali ini lebih bermakna dan lebih diberkati. InsyaAllah.

Demi masa,
manusia sentiasa di dalam kerugian.
kecuali mereka yang beriman & beramal soleh
serta sentiasa berpesan-pesan kepada
kebaikan & kesabaran.
(Surah al-Asr)

+ http.arthept.wordpress.com +

Categories: Aku, Photos

selamat hari lahir

October 21, 2009 arthept Leave a comment

arini ulang tahun kelahiran arwah kak long aku. kalu dia msih ada, umur dia dah 27 tahun. setahun sehari lebih tua dari aku. mudah sangat nak ingat besday dia sebab kalu harini dia celebrate, esok turn aku lak yang akan celebrate.

2 tahun lebih dia meninggalkan kami, tapi hari kelahiran dia tetap akan aku ingat sampai bila².

semoga roh kak long ditempatkan di tempat yang orang² beriman. amin.

+ a l f a t i h a h+

Categories: Aku

Nak ke tak nak…

October 20, 2009 arthept Leave a comment

IMG_4477bIMG_4506-3

Dapat call dari Shakir smlm. dia mintak aku amik gmbr untuk wedding dia nnt. huh! peluang ke cubaan ni? Terkejut gak aku bile dia tnya aku. sblm ni, aku mmg tak penah pikir nk serius dalam aktiviti ‘tembak-menembak’ ni. setakat suka² aku bleh la. Aku tau expectation org mcm Shakir & Leena camne. Bkn senang nak penuhi permintaan dorg. Sebagai back-up photographer mungkin aku sanggup, tp kalu org dah bagi tanggungjawab sebagai main photographer,
ketaq lutut den. uuh!

14hb Nov nnt ade wedding Kay kat kemaman. Aku gtau Shakir, klu dia puas hati ngan gmbr yang aku amik nanti, bleh bincang balik tentang tawaran dia tu. Bukan tak nak tolong kengkawan, cuma bimbang apa yang dihasilkan tidak seperti yang diharapkan.

Mungkin Self Motivation dari saudara Udey Ismail sedikit sebanyak bleh membantu aku.

hahaks!

♥ s a y a . b u d a k . b a r u . b e l a j a r ♥

Categories: Aku, Photos

monday morning..

October 19, 2009 arthept Leave a comment

Masuk je ofis, aku tengok sorang pakcik kat ofis aku nak makan satu coklat ni. Pakcik ni antara staf yang rapat ngan aku kat ofis ni. Walaupun tengah tercungap² kepenatan, tapi aku rase nak tanya gak pakcik tu.

Aku : Che Wan makan mende tu?

Cik Wan : Ni cakelat hok Kak Ti bagi aritu..hemper mende tah. Dorang bagi-bagi kat staf suh makang.

Aku : owh! Saya pn dapat se. tapi saya tok makang. Cakelat ni oghang kabor tokleh makang sebab ade lemak “Ba Alif Ba Ya”.

Cik wan : Ehh!..ye ke? Mane en. adib tau? Pakcik tu dah cuak.

Aku : Saya pun suke makan cakelat ni, tapi lepas saya tau pasal ni, saya dah tak makang.

Aku tunjuk ingredients kt blakang coklat tu. Memang ade tulis…Pembaur @ Emulsifier (E476). Terang lagi berspot light. Memang la dia tak tulis kat situ “Ba Alif Ba Ya”. Nak meyakinkan pakcik tu, aku try tanya En. Google. Aku percaya En. Google boleh membantu aku meyakinkan pakcik ni. Aku tunjuk kat Che Wan website Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Ada satu artikel yang duk cite pasal Kod-kod “Ba Alif Ba Ya” dalam makanan. Baca artikel -> Perkim

Aku tinggalkan Che Wan dengan artikel tu, pandai² la di baca nanti. Aku nak kena gi Kemaman pagi ni. Dah la barang² tak siap packing lagi. Huhh! demm! Plug kat bilik aku tendang pulak. Dah tak leh nak on kipas kat bilik. “mencarut3x!!”. Dah la aku tengah kepanasan ni. Baju aku dah basah kuyup ni. Panas la plak pagi ni. Uuh! Aku amik benda² yang aku nak kena bawa gi site dan terus turun bawah sebab driver dah tunggu kat bawah.

Erm! Timbul satu kepuasan dalam diri bila dah buat satu kebaikan. Walaupun tak seberapa, tapi aku rase tanggungjawab aku utk gitau pakcik tu. Aku tak sanggup tengok pacik tu telan cakelat tu.

Aku rase ramai lagi umat Islam tak tau pasal Kod-kod Babi pada makanan ini. Mungkin yang tak peka tentang benda ni, dorang main telan jer. Aku tak cakap aku arif pasal benda ni.. tapi mana yang aku tau, aku rasa tak salah klu aku nk kongsi dan sampaikan kat orang lain. Alhamdulillah, Allah telah memberi aku kekuatan pagi ni utk ‘membuka mulut’ aku yang sangat susah nak berkata-kata ni.

Sekian

Categories: Aku

dah jumpa… :)

October 17, 2009 arthept Leave a comment

pencarian aku akhirnya berbaloi. lama gile aku carik soket lampu ni, masuk kdai halfcut, tarak…msuk kdai aksesori pun tarak…kdai wiring pun tarak. last2 kat kdai halfcut yg kecik jugak ade jual bnda ni. demm!! sebesar2 kedai halfcut yg aku masuk, sume ckp tadak. bkn takde la aku rse. depa saje tanak cari. ciss! pemalas punya orang. padahal bnda tu berlambak2 je aku rase. depa je mls nk pi cari. maklumlah benda kecik ni bape sen sgt pn harganya. tak berbaloi ngan penat nk pi cari, dan nk cabut lg. nwy, bila da jmpa soket ni, sonok tak yah nak habaq la. rse cam gi peluk je apek tu. hahaha! gila.. mmg aku gile pon. korang ade mslh ke?

soket

Segar dari ladang. berminyak lagi. baru lepas cabut kat headlamp.
ni pun aku da lap skit. klu tak lagi itam.

Categories: Aku

~ O c t o b e r ~

October 17, 2009 arthept 1 comment

Oktober

Source : Facebook


Suka berbual (80% accurate)

Suka orang yang sayang padanya (90% accurate)

Suka amik jalan tengah (90% accurate)

Kecantikan luar dan dalam (not sure) :D

Tidak pandai menipu dan berpura-pura  (90% accurate)

Kadang2 cepat marah (90% accurate)

Mementingkan kawan (90% accurate)

Suka berkawan (80% accurate)

Mudah terusik tapi rajuk tak lama (95% accurate)

Suka berangan-angan (Not sure)

Macam pentingkan diri sendiri (80% accurate)

Tidak suka terima pandangan orang lain (60% accurate)

Emosi mudah terusik (95% accurate)

Decisive (50% accurate)

Daya Firasat yang kuat (80% accurate) :-?

Suka melancong, sastera dan bidang seni (90% accurate)

Mudah terusik & kuat cemburu (90% accurate)

Ambil berat tentang orang lain (90% accurate)

Suka kegiatan luar (90% accurate)

Orang yang adil (95% accurate)

Sangat boros (80% accurate) :-P

Mudah dipengaruhi oleh persekitaran (90% accurate)

Mudah patah semangat (90% accurate)

Sukakan kanak-kanak (90% accurate)

Read more…

Categories: Aku

kemalasan. . .

October 13, 2009 arthept Leave a comment

Seminggu tak msuk ofis da buat aku jadi blur + buntu. nk buat kje pn da tadak mood. bila kerja dah bcampur-aduk, pening gak kepala. nak kena bkk blk file-file lama. igtkn sehari je nk ‘panaskn badan’, tp ni dah masuk hari ketiga. mood masih lagi sama. hampir di bawah paras kemalasan. Nasib baik la bos tadak kt ofis minggu ni.. khamis baru msuk balik. yeaah! \o/

Tengah² bosan smalam, try bukak emel pejabat. slalunya duk bkk Yahoo! mail je.  bpe kali sgt la aku bukak Groupwise ni :D salah satu sebabnya ialah, network kt cni mmg tahap tenuk yang sangat kiut.  SANGAT slo untuk mengakses Groupwise. susah sangat klu kitorg nk chek emel² yang berkaitan dgn urusan kerja.

Berbalik kepada emel td. Nmpaknya bulan depan ada lg kursus yang aku kna attend. tapi kali ni dia buat kat sepang plak. penginapan disediakan (terima kasih pihak penganjur). Huh! bru je lepas kursus mgu lepas. dah nak kena kursus lg. dah la claim yang bulan 8 tak masuk² lagi. duit asyik kuar je, tp tak masuk². kopak². . .

erm…8hb ada mjlis kaween kt putrajaya, 9hb – 12hb plak kursus kt Sepang… dan 14hb plak kna amik gambar kween Kay kt kemaman. aduss! pening kepala gak nak arrange perjalanan ni. baru je plan nk naik flight je gi kursus, sbb tempat tu dah dkt ngn KLIA, tapi byk la plak tempat yang nk kna singgah nnt d[T,T]b Yang kat kemaman ni aku kena cuba datang gak, sbb mmg dah janji ngan tuan punye badan. Klu ade rezeki, sekurang²nya blh gk duit poket skit².
Kay, kawe try my best tuk amik gmbr kween demo. insyaAllah kalu tkde aral melintang…”

~ sekian ~

Categories: Aku

Sunday mood… ~uhh!~

October 11, 2009 arthept Leave a comment

Kepala aku weng semacam jer arini. mgkn sbb tidak cukup tdo smalan. rase mcm org gile jer, jalan pon dah tak betul. mmg penat sgt drve smlm. Sehari suntuk duk dlm kete.  dari Melaka kul 11 pg, trus ke KL…dan terus ke kota bharu. Sampai pukul 2.00 pagi, bangun² pagi dan nak kena gerak ke K.Terengganu. Huh!  Aku rase bkn aku saja yg pnat, jentera berat aku pn msti penat gak. Cuma dia x leh nk bercakap jer. Alhamdulillah jentera berat aku tak meragam semalam, perjalanan kami selamat tanpa sebarang mslh. Mgkin ada la ‘cedera’ skit..maklum la terpaksa membawa beban yang melebihi muatan. Kalu nk pikir, mmg la kesian gak kat jantung jentera aku ni, tapi nak buat camne, nak tak nak, terpaksa la.

Pagi² da SMS bos, cakap kat dia aku msuk lambat skit pagi ni, hantar kete pegi workshop. Haha! Tapi mmg ade la skit masalah kat kete aku. Tapi aku dah repair sendiri. Benda kecik je. Bumper belakang tercabut. Nasib baik la tak tertanggal terus. Skru dia je yang tertanggal. Aku pekse ekzos, nasib baik tkde pape. Byk kali gak la smalam ekzos kete cium jalan tar. Silap2 bleh kuar api.. Aku pn tatau cmne aku bleh bertahan drive smlm. Kalu nk kira, mmg aku da ngantok gile. Aku mmg tanak bagi abah drive, sbb aku tau abah memang tkleh drive malam². Mata dia silau. Kalu short-distance mungkin bleh la kot klu dia nk drve. Klu da long-distance, aku takut jd pape je. Aku tengok dia pun mcm da tak larat. Cian abah.

Sebenarnya, nak je aku amik MC arini. mmg aku rase letih gile arini. Badan pun da sakit². Tapi bila duk teringat keje kat ofis, terpaksa aku gak aku redah. Da seminggu tak masuk ofis, mesti keje da bertimbun². Dah la aku sorang² je yang handle kat sane. Nak harapkan org lain, mcm² la alasan yang dorang bagi. demm! papahal pun, aku gak kena buat.  kalu ade assistant, ringan la skit kje aku. ada la gak org yang bleh tolong setelkan.

Categories: Aku

Salam Eidul Fitri . Maaf Zahir Batin

September 17, 2009 arthept Leave a comment

SelamatHariRaya2009

Categories: Aku

money money . . .

September 12, 2009 arthept Leave a comment

huh! mahal gile . . . tak sangka lak aku , ejas lampu pn smpi spuloh hengget .

padahal aku blh je nk buat sndiri . sbnrnya aku dah buat smlm ,

cuma kaedah je yg tak betul . skit je pun . stkt pusing² skru jer .

amoi tu ckp mmg da stendek harga dia . (shit!!)

pstu , lepas g repair lampu kete , aku snggah kedai runcit jap .

gi cari span hijau . aku mmg suka pakai span tu masa mandi .

mesti korang pelik , span yg org guna bt basuh pinggan mangkuk ,

aku buat gosok² badan aku . he he he

lupakan sekejap psl kegunaan span itu dlm kehidupan harian aku .

yang aku hangen kat cni , span yang aku biasa dapat rm0.90 (paling mhl rm1) satu

bundle (ada dlm 5 @ 6 keping klu tak salah aku)

kedai tu blh jual 30 posen satu . huh! dem!! bpe byk da dia untung kt ctu .

klu nk kira , aku da tak amik span tu , tp memandangkan stok y aku ade da abes ,

dan aku plak malas nk g naik super market smata2 nk cari span tu , aku bli jer .

bkn nk berkira pasal duit . stakat 30 posen tu , apa la sgt kn .

tp keadaan skg da sgt tenat . senang² je dorang nk amik untung .


nikmat ini kadang² tidak disedari

tapi kehilangannya betul² disedari pabila ia tiada

Categories: Aku