Archive

Author Archive

al-Fatihah

November 20, 2009 arthept Leave a comment

Dua tiga kali gak aku pikir smalam. Nak balik ke tak. Kalu nak kira, aku memang takut nak drive kete masa tu. Hujan dari kelmarin tak henti² lagi. Tapi disebabkan ada beberapa perkara yang aku nk kena setelkan dengan umi dan abah, aku gamble la gak. Tawakal je la. InsyaAllah selamat.

Dalam pukul 3 lebih la kalu tak salah, hujan da kira ok  skit, nak bandingkan dengan yang kelmarin dan pagi tu. Tapi bila aku dah half way jalan, dia turun lagi. Nak tak nak, aku kena teruskan gak. Tapi kena naik macam orang baru belajar kete la. Sejak kejadian haritu, aku dah macam fobia dengan hujan. Ingatkan dah selamat la kalu naik kereta, tapi sama gak macam motor. Cuma bezanya mungkin kecederaan dengan kereta ni tak sama kalu nak bandingkan dengan motor.

Dalam lebih kurang beberapa minit je lagi aku nak sampai rumah, tiba² aku dapat second call dari umi. Maghrib tadi umi dah call, tanya aku dah sampai mana. Tapi panggilan kali ni aku dah dapat rasakan sesuatu yang tidak sedap didengar. Umi cakap, Pakcik Man (datuk sedara aku) dah ‘tiada’. Baru je petang tadi. Innalillahi wainnaailaihiraaji’un. Berita tu buat aku terkedu sekejap. Last sekali aku jumpa arwah kat Masjid Telipot beberapa minggu lepas. Arwah antara sedara-mara belah arwah datuk aku yang masih rapat dengan kitorang. Memang sebelum ni aku tahu arwah ada sakit jantung. Tapi masa aku jumpa dia aritu, nampak cam ok je. Mungkin ajalnya dah sampai.

Semoga roh arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang mendapat rahmat & petunjuk dari-Nya.

InsyaAllah.

Categories: Aku

Sofia & Faiz (Cyberjaya) – 8 November 2009

November 16, 2009 arthept Leave a comment

IMG_6290IMG_6249IMG_6254IMG_6267IMG_6175IMG_6189IMG_6343IMG_6342-2IMG_6078

Minggu lepas aku lepak KL lagi sbb nak kena attend kursus kat Empress Hotel, Sepang (kursus lagi). Masa tu plak ade wedding kawan aku kat Cyberjaya. Peluang tak boleh dilepaskan. :D Sekurang²nya bleh gak aku nak menembak skit², peluang tuk menguji  kemampuan ’senjata’ dan kemaskini ilmu di dada. Lagipun aku memang takde benda nk buat wiken tu, hanya melepak bersama Encik Big di rumah barunya yang sangat best (thumb up!). Memang kitorang pelan nak outing kat Putrajaya hari tu. So aku singgah la kejap kat kenduri tu (makan free). Nak praktis mana yang patut, sambil amik feel.  he! he!

Cuaca yang sangat panas sangat menguji kekuatan mental dan fizikal. Dah la pakai baju hitam. Dua lapis lak tuh. Nasib baik baik la ade eskrim & cendul yang sangat best mase tu \(^,^)/ Cuaca cmni, memang masalah skit nak shoot. Tapi aku amik sume tu sebagai cabaran. At least aku boleh belajar kat ctu. Time ni, baru aku tau terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang aku kena perbaiki. ~uh!~

Nasib baik la photographer² yang berbayar masa majlis tu tak kisah aku jadi ‘parasit‘ masa tu. Aku pun kena la tau batasan² aku. Bkn x leh nak shoot, tapi jangan la sampai mengganggu dorang buat keje. Tapi aku rase dorg pun ok je bile aku menyebuk amik gambar mase tuh, tp dalam hati tatau la kn. :D Nwy, dorang mmg best  & sempoi , lebih² lagi sorg brader tu (aku tak igt nama) yang hampir meracun aku dengan Video DSLR nye. Teruja?? oOOoooOo! tidaaaakkk!! (buat masa ini) hahaha!

Nota di kaki :

Ptg tu, Kay sms aku. dia tak jadi nk hire aku jadi kameraman utk wedding dia nnt, disebabkan sedikit masalah teknikal. Nasib baik aku dapat kawtim ngn En. Big. Terpaksa bertukar ke Plan B. hehe! mgkn ini bukan rezeki aku. Lagipun aku belum bersedia utk serius dlm aktiviti tembak menembak ini. Hanya tuk suka-suka bleh la.. :)

Sekian.

[ aku budak baru belajar ]

Categories: Photos

Eksperimental…

November 16, 2009 arthept Leave a comment

Seronok gak dapat bermain dengan Photoshop Lightroom ni. Mula-mula memang pening gak nak guna. Yela kan,  da banyak sangat tools dia. Tak macam Adobe Photoshop biasa yang aku penah guna. Aku dapat software ni pun dari Encik Big. Tapi bila dah cuba try cuba try… dapat la skit-skit ak guna. Tapi dengan pengetahuan yang sedikit ni la aku banyak edit gambar-gambar yang asalnya ntahpapentah menjadi gambar yang bleh dikatakan ‘ummph!!’ (berdasarkan komentar yang diterima).  haha! ni la namanya bermain dengan teknologi. Semuanya tipu daya. Walau bagaimanapun,  Adobe Photoshop CS masih aku gunakan, lebih-lebih lagi utk editting ni. hehe!

IMG_4745IMG_4783IMG_4793IMG_4703IMG_4650

Categories: Photos

Outing – Taman Tasik Perdana

November 14, 2009 arthept 1 comment

IMG_5216-2IMG_5219-2IMG_5240IMG_5257-2IMG_5271-2IMG_5285-2IMG_5283-2IMG_5282-1

: : M o r e P h o t o s : :

 

Categories: Photos

Asrul Sani (Sono) & Siti – Ampang [ 31 Oktober 2009 ]

November 14, 2009 arthept Leave a comment

Categories: Photos

Malaikatmu…

October 26, 2009 arthept Leave a comment

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok  Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah?

Dan Tuhan menjawab : “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu.”

Bayi bertanya lagi : “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah menyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Malaikatmu akan menyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia”.

Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?

Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar, dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.”

Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada-Mu?”

“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa

Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?

Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya”

Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihat-Mu lagi”

“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan  sentiasa disisimu”.

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?”

“Kamu akan memanggil malaikatmu itu: “ IBU “

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.

Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan  karenah anak-anak yang sedang membesar…

sesungguhanya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

“Sampaikanlah walau satu ayat”

Sumber : Emel

Ulangtahun Kelahiran..

October 22, 2009 arthept Leave a comment

BoatlampuSunset

Hepi besday untuk diri aku sendiri. Terima kasih gak untuk semua yang wish kat aku, terutamanya ‘awak’ yang jadi orang pertama wish semalam. tq so much. (blushing) ahaks!

Dah 26 tahun umur aku skang. muda lagi kan? Nombor tu sekadar angka jer. hehehe!

Hari demi hari, kita dah semakin tua. Hari demi hari, kita semakin menghampiri kematian. Hari demi hari, tanggungjawab kita semakin besar. Semuanya berlaku terlalu pantas. Sampaikan kadang² kita hampir terleka dengan perjalanan hidup ini.

Diharapkan kehidupanku kali ini lebih bermakna dan lebih diberkati. InsyaAllah.

Demi masa,
manusia sentiasa di dalam kerugian.
kecuali mereka yang beriman & beramal soleh
serta sentiasa berpesan-pesan kepada
kebaikan & kesabaran.
(Surah al-Asr)

+ http.arthept.wordpress.com +

Categories: Aku, Photos

selamat hari lahir

October 21, 2009 arthept Leave a comment

arini ulang tahun kelahiran arwah kak long aku. kalu dia msih ada, umur dia dah 27 tahun. setahun sehari lebih tua dari aku. mudah sangat nak ingat besday dia sebab kalu harini dia celebrate, esok turn aku lak yang akan celebrate.

2 tahun lebih dia meninggalkan kami, tapi hari kelahiran dia tetap akan aku ingat sampai bila².

semoga roh kak long ditempatkan di tempat yang orang² beriman. amin.

+ a l f a t i h a h+

Categories: Aku

Nak ke tak nak…

October 20, 2009 arthept Leave a comment

IMG_4477bIMG_4506-3

Dapat call dari Shakir smlm. dia mintak aku amik gmbr untuk wedding dia nnt. huh! peluang ke cubaan ni? Terkejut gak aku bile dia tnya aku. sblm ni, aku mmg tak penah pikir nk serius dalam aktiviti ‘tembak-menembak’ ni. setakat suka² aku bleh la. Aku tau expectation org mcm Shakir & Leena camne. Bkn senang nak penuhi permintaan dorg. Sebagai back-up photographer mungkin aku sanggup, tp kalu org dah bagi tanggungjawab sebagai main photographer,
ketaq lutut den. uuh!

14hb Nov nnt ade wedding Kay kat kemaman. Aku gtau Shakir, klu dia puas hati ngan gmbr yang aku amik nanti, bleh bincang balik tentang tawaran dia tu. Bukan tak nak tolong kengkawan, cuma bimbang apa yang dihasilkan tidak seperti yang diharapkan.

Mungkin Self Motivation dari saudara Udey Ismail sedikit sebanyak bleh membantu aku.

hahaks!

♥ s a y a . b u d a k . b a r u . b e l a j a r ♥

Categories: Aku, Photos

monday morning..

October 19, 2009 arthept Leave a comment

Masuk je ofis, aku tengok sorang pakcik kat ofis aku nak makan satu coklat ni. Pakcik ni antara staf yang rapat ngan aku kat ofis ni. Walaupun tengah tercungap² kepenatan, tapi aku rase nak tanya gak pakcik tu.

Aku : Che Wan makan mende tu?

Cik Wan : Ni cakelat hok Kak Ti bagi aritu..hemper mende tah. Dorang bagi-bagi kat staf suh makang.

Aku : owh! Saya pn dapat se. tapi saya tok makang. Cakelat ni oghang kabor tokleh makang sebab ade lemak “Ba Alif Ba Ya”.

Cik wan : Ehh!..ye ke? Mane en. adib tau? Pakcik tu dah cuak.

Aku : Saya pun suke makan cakelat ni, tapi lepas saya tau pasal ni, saya dah tak makang.

Aku tunjuk ingredients kt blakang coklat tu. Memang ade tulis…Pembaur @ Emulsifier (E476). Terang lagi berspot light. Memang la dia tak tulis kat situ “Ba Alif Ba Ya”. Nak meyakinkan pakcik tu, aku try tanya En. Google. Aku percaya En. Google boleh membantu aku meyakinkan pakcik ni. Aku tunjuk kat Che Wan website Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Ada satu artikel yang duk cite pasal Kod-kod “Ba Alif Ba Ya” dalam makanan. Baca artikel -> Perkim

Aku tinggalkan Che Wan dengan artikel tu, pandai² la di baca nanti. Aku nak kena gi Kemaman pagi ni. Dah la barang² tak siap packing lagi. Huhh! demm! Plug kat bilik aku tendang pulak. Dah tak leh nak on kipas kat bilik. “mencarut3x!!”. Dah la aku tengah kepanasan ni. Baju aku dah basah kuyup ni. Panas la plak pagi ni. Uuh! Aku amik benda² yang aku nak kena bawa gi site dan terus turun bawah sebab driver dah tunggu kat bawah.

Erm! Timbul satu kepuasan dalam diri bila dah buat satu kebaikan. Walaupun tak seberapa, tapi aku rase tanggungjawab aku utk gitau pakcik tu. Aku tak sanggup tengok pacik tu telan cakelat tu.

Aku rase ramai lagi umat Islam tak tau pasal Kod-kod Babi pada makanan ini. Mungkin yang tak peka tentang benda ni, dorang main telan jer. Aku tak cakap aku arif pasal benda ni.. tapi mana yang aku tau, aku rasa tak salah klu aku nk kongsi dan sampaikan kat orang lain. Alhamdulillah, Allah telah memberi aku kekuatan pagi ni utk ‘membuka mulut’ aku yang sangat susah nak berkata-kata ni.

Sekian

Categories: Aku