Archive

Archive for August, 2009

Jentera beratku

August 22, 2009 arthept 2 comments

kereta

huhu! Byk la plak nk kna kuar duit. Kering gak la aku bulan ni. Dah la gaji dah byk kena potong (EPF+PTPTN+kereta). Bpe sgt la dapat bulan². mmg ckp2 tuk makan je.  Nasib baik dapat cari buyer untuk Blackberry aku. Ada la skit talian hayat tuk hdup \o/ .  Klu tak, terpaksa la ikat perut bulan ni. bla bla bla…road tax kete plak tamat tempoh. ermm.. nasib nasib. Tapi nasib baik la insurans kete aku ade lagi. Nk setlekn kt Tganu, geran lak ade kat Kelantan.. last², tpksa suh umi yang setlekan sume.

Nasib baik la roadtax sempat siap sebelum khamis, klu tak..kecut perut gk nak balik kampung nnt. Polis ni bkn blh caye pon. Time dia rase nk buat road block, dia buat la. Tapi alhamdulillah, sumenye selamat. Sampai je kat kota bharu ptg kameh tu, tayar kete lak bocor :( . huuu~ tp nasib baik la dia bocor mse da sampai umh. Mau dia bocor tgh² jalan, menggagau² la aku. Da la spare tyre kt dalam bonet xleh nk guna. Ntah cmne la tak bleh muat saiz dia. hmm! Mungkin owner lama da tukar.

Terpksa la kuar duit lagi. Satu town gk aku pusing survey² kdai tayar. Aku pn tatau nk letak tayar apa lak kat jentera cabuk aku ni. Nak tukar tayar pn, kna servey harga gak. Benda bkn murah…smpai 7 8 ratus…dengan keadaan kewangan aku skg, tpksa la memilih skit. Kalu dapat yg murah, kualiti lak kurang, dapat yg ok, duit lak kna kuar lebih. ermm! Nak tak nak, tpksa aku korbankn skit tuk kualiti yang lebih bagus. Nasib baik dapat pasang kt kedai mmber…at least dapat la main² harga skit. Walaupun agak terasa, at least puas hati la skit. huhu~

Categories: Aku

Solat Dan Sains

August 12, 2009 arthept Leave a comment

Rahsia Solat di Awal Waktu

solat1

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …”

Wassalam.

Sumber : Petikan emel

Kursus Induksi Umum & Khusus 2009

August 11, 2009 arthept Leave a comment

Duta Village Beach Resort, Kuantan

Mula² memang la rase takut sangat bila dapat surat gi induksi. tak prepare pape pun dah kena panggil, lebih² lagi untuk public speaking & exam. memang aku da agak pn, nama aku akan naik tahun ni gak. tp nak tak nak, terpaksa gak la pegi. lagi cepat setle, cepat sikit konfirm, cepat  sikit naik gaji, hehe! :D

Tak dapat dinafikan, banyak sangat pengalaman yang memang tak dapat dilupakan kat sana. Mungkin pada awalnya memang la bosan, tp bila da jumpa sorang dua yang aku kenal, lega la sikit. takde la aku jadi cam makhluk asing kat sane. :) Aku juga dapat jumpa dgn beberapa orang yang sebelum ni memang nak sangat aku kenal & jumpa, antaranya Sazili (ex-arkitek Terengganu), Lilly (ukur bahan terenganu/ junior aku mase kt alam bina), dan beberapa orang lagi. Aku pun tak sangka dapat jumpa dorg kat cni. Sungguh indah percaturan Allah Taala. Kadang-kadang apa yang berlaku memang di luar jangkaan kita. Tp disebalik apa yang berlaku, ade tersirat seribu satu rahsia.

Time ni gak la aku dapat praktikkan skit photoshoot aku. Nasib baik la aku tak tertinggal ‘jentera penembak‘ aku ni. Nak kata gambar cun, takda la. Tapi dapat banyak pendedahan dan ilmu² baru untuk membaiki skill aku yang tak seberapa ni.

Nwy, tak ada apa yang dapat aku katakan kat sini, melainkan BEST GILER!!. hehehe. Rase cam tak puas jer dapat jumpa korang. 2 minggu rase cam kjap jer. Mungkin bagi yang duk teringat kat anak bini kat umah, 2 mgu tuh macam 2 tahun. Mana tahan beb! Bil² air pun dah banyak tertunggak. Opssss!! hehe :D

23456789101112

Categories: Aku, Photos