Archive

Archive for July, 2008

4 Peringkat Dosa

July 26, 2008 arthept Leave a comment


Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, “Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. “Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini.” Rasullullah menjawab,” Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut”. Rasulullah menjawab, “Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Qur’an,al- Hujurat (49):6).

Menyintai tidak bermakna memiliki…

July 18, 2008 arthept Leave a comment

Janganlah kau angkuh melaungkan
Si dia kepunyaanmu
   
Atau kau kepunyaan si dia
Kerana hakikatnya
Kita tidak pernah memiliki sesiapa
Walau sekeping hati seorang insan
Tidakkah kau sedar
Hukum alam menyatakan
Menyintai tidak semestinya memiliki?
   
Manusia pandai berpura
Berlakon di pentas dunia
Dan bertopeng menutup rahsia
Tetapi hati
Tidak pernah berdusta pada empunya
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
   
Tidakkah kau sedar
Mungkin si dia melafazkan
Ungkapan cinta padamu
Tetapi hati dan perasaannya
Tidak pernah berniat begitu
Dia hanya berselindung
Di sebalik sejuta alasan
   
Dan kau…
Begitu jujur dan setia menyintainya
Sehingga terlupa
Hukum alam menyatakan
Menyintai tidak bermakna memiliki
   
Sesungguhnya
“Aku tidak pernah memiliki dirimu…”
“Dan kau jua tidak memiliki diriku”
  
Mengertilah…
Kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
Kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali

Categories: Love Is Cinta

new life begin….

July 15, 2008 arthept Leave a comment

 

Finally, smpai jugak surat ni. Selagi aku tak tengok surat ni,aku tak bleh nak knfem lg. Mcm² benda bleh blaku kan…hmm! Utk nak sedapkn hati, aku rase baik aku tgu je surat ni. Umi adalah org yang paling gembira bile tau aku dapat keje ni. Dialah orang pertama aku bgtau…wpn mse tu, aku mcm dalam keadaan terkejut lg, tp ak gitau gk dia. Mmg berkat doa² umi dan abah slama ni. thx abah, thx umi. i love y’all.

Tak dapat dinafikan, mmg aku berusaha 110% utk temudaga aritu, mcari rujukan² yang berkaitan, intbiu kwn² yang dah kojo gomeng. Alhamdulillah, Allah Taala memberi aku ruang & waktu yang cukup aku untuk membuat segala persediaan & persiapan awal. Dpt cuti seminggu dr pristinehub sudah cukup aku untuk buat persediaan secukupnya. Walaupun mse tuh keadaan masih tak menentu kat tmpt kje lama, tp pedulik ape aku…ni soal hidup dan mati aku! Kojo gomeng ni beb! Bkn slalu nk dapat ofer cmni. ni je satu²nya jawatan yang aku isi dlm portal spa.gov.my. klu kje lain mmg aku tanak! hahha! (poyo gilo!)

Segala yg blaku ni adalah perancangan Allah Taala. Sungguh cantek perjalanan yg Dia atur. Mmg byk masalah yang menimpa aku semenjak dua ni. Dengan masalah henpon hilang la, masalah kt tmpt keje lama yg ntahapahapantah…tp Alhamdulillah, wpn ade satu dua perkara yg btul² memeritkan, sume ni aku alami dgn hati yang terbuka. time kasih kpd kawan² yg memahami dan banyak menyokong aku slama ni. thx! 

Selepas ape yang berlaku kat pristinehub, sebenarnya aku dah tak tau mane lagi hala tuju hidup aku lepas tuh. Masa ni lah macam² benda bermain dalam kepala otak aku. Memandangkan kitorg ni antara pioneer kat kompeni tu, memang terlalu berat nak tinggalkan, ditambah pulak dengan kelebihan² dan ganjaran² yang dijanjikan oleh kompeni. Tapi biasala kan, kalu dah projek berjuta², deal plak ngan gomen, mmg akan banyak masalah yang akan timbul. politic sux!! Lagipun ape yang dijanjikan masih lagi kabur dan mgkin memakan masa yang lama. Bercampur-aduk pulak dengan mslh dalaman kompeni.

Walaubagaimanapun…bagi aku, keje gomen ni lagi besar tanggungjawab dia. Makin banyak cabaran² dia yang harus aku hadapi. Itulah antara sebab kenapa sebelum ni aku malas nak keje gomen. Tapi bila difikirkan, benda sudah berada di depan mata aku. Aku kena hadapi kenyataan. Sampai bila aku nak lari dari kenyataan? Nak tak nak, aku kena hadapi juga. Inilah kehidupan…kehidupan yang aku harus teruskan.  

Categories: Aku