Archive

Archive for April, 2008

Wudhukan Anggotamu Dengan 7 Perkara

April 24, 2008 arthept Leave a comment

 

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, ‘Wahai Hatim, bagaimanakah caranya tuan solat?

Hatim berkata, ‘Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.’ Isam bertanya,Bagaimana wudhu zahir dan batin itu? ‘ Hatim berkata, ‘Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air‘.

Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:- 

  • Bertaubat
  • Menyesali dosa yang telah dilakukan
  • Tidak tergila-gilakan dunia
  • Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
  • Tinggalkan sifat berbangga
  • Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  • Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

 

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.’

 

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

 

(Mastika September 2007)

Friendship And Love

April 22, 2008 arthept Leave a comment

fren&love

Categories: Love Is Cinta

Mengapa gelisah tentang rezeki

April 21, 2008 arthept Leave a comment

  “Wahai manusia, taat dan berkhidmatlah kepada-KU dan janganlah gelisah tentang rezeki kerana rezeki telah AKU selesaikan urusannya; jangan berdukacita atas sesuatu yang telah AKU selesaikan urusannya untukmu.” – Hadis qudsi

Kerisauan manusia tidak lain tentang apa yang akan dimakannya. Apakah dia ada makanan pada hari ini dan apakah makanan tetap ada untuk besok. Apa yang akan melepasi anak tekak amat-amat dikhuatirinya. Untuk itu dia sanggup bekerja keras, berusaha sedaya yang boleh bagi memastikan dia tidak keputusan makanan.

Manusia hampir sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan dia tidak kelaparan. Hampir semua jenayah dunia berkaitan dengan perut. Walaupun ada sebab-sebab sampingan, susur galur sesuatu perbuatan jahat itu mengambil tempat sedikit sebanyak berpunca daripada makanan. Manusia menjadi ganas apabila dia kelaparan. Dia juga menjadi lebih ganas tatkala kekenyangan. Dalam keadaan biasa dia tetap mahukan makanan. Makanan tidak dapat lari daripada kehidupan.

Mengapa tergamak mengambil hak orang dengan cara yang tidak dibenarkan? Mengapa sampai hati melakukan tipu muslihat untuk memperdaya? Mengapa berusaha untuk merebut sesuatu yang sudah dimiliki orang lain? Bukankah lebih baik berusaha untuk mengambil sesuatu yang belum dimiliki oleh sesiapa? Bukankah ALLAH berfirman, maksudnya;

“KAMI (ALLAH) telah menjadikan untukmu semua di dalam bumi itu sebagai lapangan mengusahakan kehidupan. Tetapi hanya sedikit sekali kamu berterima kasih.”
(Al-A’raf: 10)

Bumi adalah lapangan untuk berusaha. Bumi menyimpan khazanah yang menanti untuk diteroka seterusnya dimiliki.

Untuk mendapatkan keselesaan hidup tiada siapa boleh berserah pada nasib dan tuah. Kisah manusia bertemu gua penuh dengan harta karun tidak mungkin berlaku lagi pada zaman kini. Jika ada pun kehidupan yang bakal dilaluinya selepas itu tetap menjadi tanda tanya sebab sesuatu yang mudah didapati mudah pula hilangnya.

Adalah lebih mudah berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan jalan yang benar daripada jalan yang batil. Anda mencuri, anda akan mendapat apa yang anda mahu; tetapi proses mencuri itu jauh lebih susah daripada anda bekerja dan mendapatkannya secara mudah.

Anda silap jika anda menganggap mengambil hak orang dengan jalan yang tidak betul itu lebih mudah daripada berusaha mendapatkannya dengan jalan yang betul.

Seorang webmaster yang ditugaskan memantau laman web rasmi sebuah syarikat lebih suka melengah-lengahkan kerja kerana menyangka dengan berbuat begitu dia boleh ‘demand’. Dia lebih suka memberikan alasan mengapa updating tidak dilakukan mengikut ketetapan daripada berusaha melakukan updating secara berkala. Untuk itu dia terpaksa mereka bermacam-macam alasan kepada pihak yang bertanya.

Selama setahun dia berjaya mengaburi mata pemilik laman web tentang masalah-masalah yang timbul. Selama itulah dia mereka pelbagai alasan untuk memberi gambaran betapa sukarnya tanggungjawab berkenaan.

Bagaimanapun, akhirnya, pemilik laman berkenaan menghentikan perkhidmatannya dan melantik webmaster yang baru. Semua updating yang dikatakan mustahil selama ini dapat dilakukan dengan tempoh yang sekejap dan sempurna sekali.

Nilailah diri dengan enam unsur berikut, setiap urusan akan menjadi lebih mudah dan mubar:

Musyaratah – Membuat perjanjian diri sendiri.

Muraqabah – Merasai kehadiran ALLAH setiap ketika dalam apa jua tindakan.

Muhasabah – Menilai diri sendiri.

Muaqabah – Sentiasa mendidik diri

Mujahadah – Usaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha.

Mu’atabah – Menahan diri dari segala kekejian.

Maka, selamatlah seseorang itu daripada berasa malas dan suka mengambil kesempatan. Bermalas-malas dalam pekerjaan itu sama halnya dengan mengambil hak orang. Rezeki kita biar kita yang usahakan sendiri lantaran ia memang sudah tersedia buat kita.

Sumber : Dr. Tuah

Categories: M o t i v a s i

Sanggupkah Kita Buat Begini?

April 16, 2008 arthept Leave a comment

PETIKAN EMEL

Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur… Saya membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya…’

Ustaz bertanya ‘Adakah saudara sudah berkahwin?

Pemanggil menjawab ‘Belum Ustaz

Ustaz menjawab ‘Palingkan muka ke arah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara’

Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah si ibu yang melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuah nya si isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, ‘Subhanallah! ‘

Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah.

Mak sakit perut rupanya,’ bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.

Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak. “Tak sembahyang Maghrib ke?‘” Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. “Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti.” Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu…. aku bersyukur pada mu Ya Allah!‘ sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.

Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih……. Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw:

‘Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT’

 ‘Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.’

Petua Mencuci Hati

April 16, 2008 arthept Leave a comment

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya, Allah jadikan hatiku bersih
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

Oleh : Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Categories: Tips Dan Petua

Kuasa Minda Syirik??

April 15, 2008 arthept 1 comment

Setelah sekian lama aku telah cuba untuk mempelajari salah satu daripada ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah Taala kepada manusia ini. Tetapi disebabkan beberapa penerangan yang telah diberikan oleh ustaz-ustaz dan ahli-ahli agama tentang perkara ini, lebih baik kiranya aku mengambil langkah yang lebih selamat. 

Tujuan aku wujudkan blog ni pun adalah untuk aku kumpulkan segala ilmu-ilmu yang aku perolehi daripada pembacaan aku untuk dikongsikan bersama rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja yg mengunjungi blog aku ini.

Setelah sekian lama aku mencari orang yang arif yang boleh memberi penjelasan tentang persoalan ini. Perkara yang melibatkan akidah tidak boleh dipandang sebelah mata. Mungkin artikel yang aku jumpa dalam blog linncomel, yang juga boleh aku katakan salah satu tempat rujukan aku, sedikit sebanyak dapat membantu aku.

Alhamdulillah, sempat juga saya mengemaskini blog untuk hari ini. Sebenarnya ia cuba untuk mengemaskini blog awal pagi tadi, tetapi terdapat gangguan internet akhirnya saya terpaksa membatalkan niat saya untuk mengemaskini blog.

Saya ada terbaca satu laman web  yang mengatakan kuasa minda adalah syirik. Ya, secara ikhlas saya setuju sama sekali kuasa minda adalah syirik, jika anda percaya bahawa mindalah yang memberikan segala yang anda inginkan. Di sini saya ingin tekankan kepada anda. Minda adalah anugerah. Tetapi yang menganugerahkan segala keinginan anda, samada rezeki , kesihatan atau kegembiraan hanyalah ALLAH.

Ianya umpama anda demam, seterusnya pergi berjumpa doktor, seterusnya bercerita tentang masalah anda. Akhirnya  doktor memberikan paracetamol ataupun lebih dikenali sebagai panadol untuk mengurangkan demam anda. Selepas anda memakan panadol seperti yang disarankan oleh doktor, akhirnya anda sembuh. Satu perkara yang perlu anda ingat dan sentiasa ingat. Yang memulihkan anda adalah ALLAH. Bukan panadol tersebut. Panadol itu hanyalah satu alat untuk anda berusaha menyembuhkan demam anda. Tetapi yang menyembuhkan anda adalah ALLAH.

Begitu juga dengan minda. Minda hanyalah satu alat untuk anda berusaha mencapai setiap keinginan anda. Yang mengkabulkan permintaan dan hajat anda ialah ALLAH. Jangan sekali- sekali mencemarkan akidah anda dengan mengatakan minda anda yang berkuasa memberikan apa sahaja yang anda inginkan.

Saya akui minda adalah anugerah luar biasa yang ALLAH berikan kepada kita. Tetapi setiap apa yang berlaku adalah dengan izin yang Esa. Apa yang saya tulis ini adalah dengan kehendak hati saya, bukan dipaksa atau diluar kerelaan saya. Seperti anda juga , saya masih lagi mencari kejayaan , kejayaan samada di dunia mahupun akhirat.

Maafkan segala kesilapan saya , jika terdapat artikel saya menjadikan anda terlalu taksub dengan minda sehingga membuatkan anda lupa akan kebesaran ALLAH, apa pun saya akan menyemak semula dan akan memperbetulkan sekiranya ada  yang tidak betul. Saya adalah manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

Mungkin besok, saya tidak dapat mengemaskini blog ini, kerana saya akan menghadiri ESQ seminar sebagai alumni. Sekiranya ada yang berminat untuk menghadiri kursus ESQ, bolehlah hadir ke PWTC, mungkin boleh hadir preview percuma untuk mengetahui apakah ia  ESQ 165. Mungkin En. Izhar boleh update, bilakah waktu preview seminar akan di adakan.  Semoga kita sama-sama menuju ke arah keredhaan ALLAH.

Categories: M o t i v a s i

Realiti hidup bermula dari minda

April 15, 2008 arthept Leave a comment

 

Individu yang berjaya sentiasa memikirkan apa yang diinginkan dan berusaha menjadikan ianya sebagai satu realiti. Sekiranya kita sentiasa memikirkan apa yang diinginkan ianya kan membentuk imej diri kita.

Individu yang berjaya sentiasa didorong oleh keinginan-keinginannya itu dan tak sempat memikirkan yang sebaliknya atau apa yang tidak diinginkannya.

Sementara, individu biasa lebih banyak berfikir tentang apa yang tidak diinginkan, sesuatu yang perlu dihindari dan ditakuti. Akhirnya dia menjadi dan memperolehi apa yang cuba dihindarinya itu.Individu ini takut hidup susah, akhirnya hidup menjadi benar-benar susah. Takut gagal, akhirnya hidupnya benar-benar gagal. Takut tak ada duit, akhirnya benar-benar tak ada duit. Takut tidak dapat bayar hutang, akhirnya hutang semakin bertimbun.

Minda bawah sedar amat bodoh, semua perkara dianggap benar, tidak kira ianya positif atau negatif dan walaupun kita tidak menginginkannya fikiran kita akan mentafsirkan sebagai sesuatu yang benar.

Anda boleh praktikkan, jika saya kata jangan bayangkan muka Tun Mahathir, saya jamin anda akan tetap membayangkan wajah Tun Mahathir,. Itulah minda separa sedar.Jadi jika minda anda sentiasa diasak dengan gambaran yang negatif, negatiflah jadinya hidup anda.

-Linncomel-

Categories: M o t i v a s i

Esok mungkin lebih indah…

April 15, 2008 arthept Leave a comment

Alhamdulillah…pagi aku harini bermula dgn sempurna. Tiada benda yang membuatkan aku pening. Walaupun aku dapat rasakan makin hari makin susah nak bangun awal. hehe! Dulu masa tadak TV boleh lar tdo awal. Sekarang…? hurm.

Categories: Uncategorized

Salam pengenalan…

April 14, 2008 arthept 1 comment

 

Ntah bpe kali aku bukak blog, tapi takde satu pn yg aku bley maintain. Kalau tak salah aku, ni blog aku yang ke-4…lepas blogdrive, blogspot, dan friendster/blog. Mungkin yg dalam frenster tu je la kot klu aku rajin² nak post…tu pn bergantung kepada keadaan emosi dan mood aku. 

 

Keadaan sekarang memaksa aku mencari satu medium untuk aku melepaskan segala-gala yang telah lama membelengu di dalam benak fikiran aku ni. Satu medium supaya org² disekeliling aku tau keadaan aku. Tak sume idea/masalah/luahan dapat visualkan dalam photo. Mungkin sesetengah keadaan, amat sukar utk aku explainkn dalam bentuk photo yang telah diedit menggunakan photoshop. haha!

 

Categories: Uncategorized

Tentang Penyakit

April 14, 2008 arthept Leave a comment

Ada 2 macam penyakit:

 

  1. Penyakit Jasmani
  2. Penyakit Jiwa

Penyakit Jasmani

Penyakit Jasmani adalah penyakit yang sudah banyak kita kenal dan hampir seluruh manusia pernah mengalaminya. Hal tersebut dapat kita obati dengan cara secara medis maupun secara tradisionil/ pengubatan alternative.

 

Penyakit Jiwa

Sedangkan penyakit Jiwa adalah penyakit yang berasal dari dalam diri manusia itu sendiri yang mengakibatkan terganggunya system syaraf, sehinga mengakibatkan gerak gerik dari pada manusia tersebut menjadi tidak terkontrol atau tidak normal.

 

Sifat-sifat yang banyak menimbulkan penyakit dan mengotoriti jiwa seperti;

  • HASAD (iri hati)
  • HAQAD (dengki atau benci)
  • SUUZ-ZAN (sangka buruk)
  • KIBIR (sombong)
  • UJUB (merasa sempurna diri dari orang lain)
  • RIYA (mepamerkan kelebihan)
  • SUMA (cari-cari nama atau kemasyuran)
  • BUKHUL (kikir)
  • HUBBUL MAL (kebendaan)
  • TAFAHUR (membanggakan diri)
  • GHADAB (pemarah)
  • GHIBAH (pengumpat)
  • NAMINAH (bicara belakang orang)
  • KIZIB (dusta)
  • KHIANAT (munafik)  

Cara Membersihkan Diri

  • Niat yang baik dan benar
  • Tidak menyekutukan Allah/syirik
  • Sholat diawal waktu
  • Perbanyak sholat sunah
  • Tidak batal wudhu
  • Perbanyak baca Al Quran
  • Perbanyak wirid/zikir
  • Tidak menyia-nyiakan perkataan dan perbuatan
  • Kurangi makan
  • Kurangi tidur
Categories: Koleksi Peribadi