
Jangan Sia-siakan Janggut Suami
“Ini adalah sebahagian tulisan saudara Muhammad Mat Yakim yang dimuatkan dalam dalam ruangan Komentar Sinar Harian. Tulisan yang seronok dibaca dan boleh dikongsi sebagai panduan berguna pasangan suami isteri tentang janggut.
Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.
Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.
Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri.
Tentang Ayah
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”. Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya. Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya. ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa
“Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Sumber : Facebook
Mengapa Frontal Lobe?

PERNAH DENGAR TAK “FRONTAL LOBE” ? APA TU?
(PEMANDU KE SYURGA. HAKIKAT BERSUJUD DALAM SOLAT).
PENTING SANGAT2 NI….BACA JANGAN TAK BACA…..
Frontal lobe atau otak depan, mengapa saya betul² menekankan bahagian otak ini? Malah saya menganggap ianya adalah “pemandu” kita ke syurga. Frontal lobe seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau …lemah CEO bukankah keputusan dan tindakan² yg diambil tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai frontal lobe yg kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat.
Frontal lobe kurniaan Allah yg membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal. Semua bahagian lain pada manusia terdapat pada haiwan tetapi tiada yg amat ketara selain dari frontal lobe. Dari jumlah keseluruhan otak manusia, 30-40% adalah frontal lobe, tiada langsung pada reptilia dan jika ada pun pada haiwan yg lain, peratusnya kecil berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya 3.5%, pada anjing 7%, pada keluarga monyet pula peratusnya dari 11% hingga 17%. Jadi jika manusia makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia tersebut akan menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak?
Saya menekankan yg solat merawat frontal lobe, mungkin ada yg berkata, aku tak sembahyang pun aku ok je, takde macam haiwan pun, aha.. jangan terpedaya, periksa diri ketika anda marah, ketika anda ditimpa musibah, ketika bersedih, ketika mendapat peluang² untuk membolot kekayaan, ketika anda bernafsu. Ingatkan kembali adakah tindakan² yg anda ambil pada ketika itu mengikut akal atau mengikut rasa/nafsu atau memori? Sebab itu ada beza bg yg solat dan tidak, dan amat berbeza lagi mereka yg khusyuk dan tidak.
Melalui kajian, ahli saintis mengira, pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2 ribu bit sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan. Jadi perhatian kita kepada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah sedikit, frontal lobe lah yg membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg sedikit itu untuk menfokus pada sesuatu perkara.
Menurut Dr Joe Dispenza didlm bukunya Evolve Your Brain, beliau memilih “intent” atau niat sebagai fungsi utama frontal lobe. Mengawal apa niat kita untuk sesuatu agenda yg kita lakukan, bukahkah didlm Islam semua tindakan kita bergantung kepada niat. Berdasarkan niat2 tertentu ini kita akan mengambil tindakan² yg tertentu, mengawal tingkah laku, merancang masa depan untuk mendapatkanya dan juga keinginan yg kuat dan berkekalan. Jika niat bersedekah mahukan keredhaan Allah kita akan membuatnya secara sulit, jika niat untuk membanggakan diri, manusia akan memanggil akhbar dan sebagainya. Semua tindakan kita secara keseluruhan pula bergantung pada apa niat kita hidup didunia ini, jika kita faham apa yg dibaca dalam doa iftitah “Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin” maka kita akan mengambil jalan yg benar dan adil buat diri kita dan juga manusia yg lain, jika hidup ini untuk mengumpul harta, untuk kuasa, untuk nafsu maka tindakan begitu juga akan dipilih oleh frontal lobe.
Frontal lobe tempat untuk pemikiran yg kritikal dan juga mencipta idea2 baru, sama seperti tugas CEO syarikat, frontal lobe akan mengambil semua maklumat2 yg tersimpan dari bahagian otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yg lain dan juga mengarahkan bahagian² tersebut untuk melakukan apa yg perlu. Melalui “database” yg tersimpan dibahagian otak yg lain, ianya menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita2, keinginan dan inspirasi untuk mendapatkan sesuatu. Frontal lobe akan menimbang semua kemungkinan dan situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan² yg dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yg mendalam ini barulah frontal lobe akan mengarah bahagian otak yg lain menjalankan apa yg diingini.
Frontal lobe juga membolehkan manusia belajar dari pengalaman dan memilih tindakan yg lebih bijak dimasa hadapan. Frontal lobe membolehkan manusia mempunyai cita2 yg hebat, mencuba sesuatu yg baru dan mendapatkan hidup yg lebih hebat dan tanpa batasan. Siapa diri kita, apa yg kita mahu sekarang dan masa depan dan kehidupan bagaimana yg kita hajati semuanya bergantung bagaimana kita menggunakan frontal lobe kita. Frontal lobe juga sebagai “alat” kita mencipta realiti kehidupan ini.
Frontal lobe membolehkan kita kekal fokus pada cita-cita tertentu, berapa ramai manusia yg tetapkan banyak azam pada setiap tahun baru dan berapa banyak yg tercapai semuanya bergantung kepada frontal lobe. Tindakan² manusia samada ikut akal atau ikut rasa ditentukan samada kuatnya frontal lobe atau tidak. Frontal lobe yg lemah, tindakan lebih kepada ikut memori terutama dari apa yg dilihat, didengar atau dialami walaupun ianya sesuatu yg salah.
Berikut adalah sifat² yang ada pada manusia yg hebat frontal lobenya.
- Boleh menumpukan perhatian pada sesuatu dalam jangkamasa yg lama
- Berupaya menimbang semua kemungkian sebelum bertindak.
- Boleh membuat keputusan dgn tepat dan cepat, tidak teragak-agak.
- Jelas dalam semua perkara.
- Ceria
- Mahir dalam apa yg dipelajari.
- Mudah menyesuaikan diri dgn perubahan.
- Mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
- Sentiasa memikir peluang² lain sebelum bertindak.
- Punyai keyakinan diri yang tinggi.
- Mampu bertindak mencapai keinginan atau cita².
- Seorang yg tinggi disiplinnya.
- Mampu membina peluang yg lebih hebat berdasarkan pengalaman.
- Tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh² luaran.
- Boleh menumpukan perhatian hingga lupa pada persekitaran dan masa.
- Minda yg tetap dan tidak melayang-layang.
- Lebih proaktif dari reaktif.
- Berpendirian tinggi.
- Tidak pentingkan diri sendiri, lebih bersimpati.
- Punyai impian, tujuan yg jelas dan hebat hingga tidak mampu digoyah keadaan luaran dan juga dari badan.
Banyak lagi sifat² yg boleh di catatkan tetapi yg paling menarik adalah sifat yg akhir sekali, ingat bagaimana sahabat nabi yg diminta agar ditarik panah dikakinya hanya ketika beliau solat dan juga mereka yg tetap imannya ketika disiksa pihak Quraish. Bayangkan betapa hebat dan kuatnya frontal lobe mereka. Kita sekarang, nyamuk hinggap sahaja dah boleh rasa dan melayang fikiran dari solat.
Berikut pula sifat²mereka yg lemah atau mati frontal lobenya.
- Tidak terurus dan malas.
- Tiada inspirasi, motivasi dan inisiatif untuk membetulkan sesuatu keadaan.
- Suka pada benda yg sama, yang rutin dan boleh diagak.
- Tidak keinginan untuk belajar.
- Tidak boleh menumpukan perhatian.
- Tidak boleh merancang untuk masa depan, tiada visi.
- Cakap tak serupa bikin.
- Tidak boleh menghabiskan apa yg dimulakan.
- Reaktif.
- Keras kepala dan tidak sukakan perubahan.
- Selalu risau dan fikiran melayang² memikirkan keburukan.
- Tidak boleh mendengar dgn baik.
- Bertindak melulu ikut rasa dan nafsu.
- Selalu beremosi/moody, tidak ceria.
- Pelupa.
- Tidak boleh melihat/memikir kebarangkalian2 atau peluang2 lain.
- Selalunya menjadi pengikut, tidak berpendirian.
Dari senarai² tersebut sama²lah kita menyiasat diri kita sekuat mana frontal lobe kita ini, frontal lobe yg lemah membuatkan kita lebih mengambil keputusan ikut rasa dan ikut memori. Antara aktiviti yg melemahkan frontal lobe adalah menonton TV atau filem yg tidak membuatkan kita berfikir. Menurut Dr Daniel Amen melalui bukunya Change Your Brain, Change Your Life, TV dan video games adalah penyebab utama penyakit ADD (Attention Deficit Disorder) penyakit frontal lobe. Sebab itu jika dulu buang emak, buang saudara kerana kasih saya turutkan, sekarang buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan. Jika dulu tiada anak melayu yg hebat ber”lakon” aksi2 lucah, sekarang sudah banyak tersebar didlm internet. Semuanya kerana TV dan filem2 “sampah” yg disumbat untuk melalaikan manusia dan hanya mengikut apa yg diperintah, tidak pernah terfikir mengapa TV amat dikawal? Kerana TV adalah alat hipnosis/pemukau manusia yg hebat, melalui TV juga manusia terpengaruh membeli sampah² walaupun ianya tidak perlu untuk kehidupan.
Mengambil bahan² toksid seperti dadah dan alkohol juga merosak frontal lobe, jangan terkejut bahawa merokok juga merosakkan bahagian tersebut. Rosaknya frontal lobe menyebabkan ketagihan terhadap benda² tersebut tidak boleh dikawal oleh minda, tindakan ikut sedap rasa, bukan ikut akal. Tidak perlu ubat-ubatan untuk berhenti merokok sebenarnya, cuma perlu kejutkan frontal lobe yg sudah lama terlena.
Bersolatlah dan berusaha untuk mencapai kekusyukan, amat beruntunglah mereka yg sudah mencapainya. Teramat benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari segi ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan rosaklah akhlak manusia itu sendiri, jika tidak masakan Switzerland yg dianggap antara negara yg termaju di dunia punyai kadar bunuh diri yang tinggi?
Bersolatlah dan sujud menghampirkan diri kepada Allah (Surah Al Alaq 96:16) ketika darah memenuhi frontal lobe. Frontal lobe, pemandu manusia ke syurga.
Sumber : http://syurgadidunia.blogspot.com
Rumah Pertamaku
RUMAH! RUMAH! OH RUMAH!
Bercelaru gak aku bila duk pikir pasal rumah nih. Tatau la kenapa skang aku excited sangat² nak beli rumah. Yer lah kan, harga rumah ni, makin lama makin naik, naik dan terus naik, bukannya makin turun macam kereta. Skali kita dah terlepas, memang x kan ade peluang la nak dapat lagi, dengan harga yang tertentu & tempat-tempat yang tertentu. Dup dap dup dap, harga dah melambung. Rumah plak dah SOLD OUT.
~uhh~
So, the best way, skang la masa yang sesuai untuk aku grab peluang ni. Lagipun, dah ramai sangat kawan² seangkatan dah ade rumah sendiri. Sape yang tak teringin nk ada rumah sendiri kan? Biarlah beli rumah & tak duduk sane pun, at least dah ada satu ‘aset‘ yang terpenting ni.
Tapi bila aku duk kira-kira balik duit gaji aku, nampak gaya macam susah je nak beli rumah dalam masa-masa terdekat. Paling kurang pun, aku kena tunggu setahun dua lagi. Itu pun kalu bini aku dah keje. Kalu tak, tatau la bila aku mampu nak beli rumah sendiri. Mungkin 3 atau 4 tahun lagik. Masa tuh pun silap-silap harga rumah dah dekat setengah juta. T_T
Masalahnye skang, dah banyak sangat potongan dalam slip gaji aku. Potongan EPF (RM300++) Insyaallah tahun depan dah tak xde potongan lagi, PTPTN lak (RM270++) yang mungkin 4 atau 5 tahun lagi baru abis bayar, pastu personal loan (RM700++) yang aku kena bayar untuk tempoh masa 7 tahun lagi. Itu tak masuk lagih potongan untuk Kuarters Kerajaan yang tinggal skang. Sume tuh dah tertulis dalam slip gaji aku. Kalu tak, aku rase takde masalah untuk aku pegi apply loan rumah. uhh~ Tapi kalu dah potongan sederet camtu, konfem la awal2 lagik bank reject. Potongan lebih banyak daripada pendapatan.
downgred
Selamat sudah aku dan bini aku convert dari postpaid ke prepaid.
Tak tahan duk bayar bulan-bulan seratus lebih, padahal guna
banyak mana sangat pon.
Dalam keadaan sekarang, banyak perkara yang aku fikirkan kena ubah, sepertimana kat PM kita, “UBAH CARA HIDUP”,
walaupun aku tak rase pun PM kita tuh bikin seperti yang dia cakap.
~haha~
Tapi kegawatan yang melanda aku skang memaksa aku potong perbelanjaan yang tak patut. Nak tampung perbelanjaan bulan-bulan punya pasal.
Sementara nak menunggu bini aku habis praktikal dan dapat kerja, terpaksa ‘ikat perut’ sikit. Dua tiga bulan ni lega la skit, tu pun sebab bini aku dapat duit pinjaman dia. Yang tu pun aku terpaksa kikis sikit2, nak cover duit gaji aku yang tak sampai tengah bulan dah licin. T_T
Selamat Hari Lahir Abah

Selamat hari lahir abah buat kali yang ke-53.
Kami doakan agar abah dikurniakan kesihatan yang baik dan berkekalan,
Semoga kehidupan kita sekeluarga dilimpahkan dengan keberkatan
dan rahmat dari-Nya,
Semoga dimurahkan segala dalam urusan ini,
Kami semua sayang abah.
~ LOVE U ABAH ~
Wedding : E & Eg

First time aku shoot weeding dlm dewan. Masa aku terima offer dari Lily (adik pengantin), aku main setuju jer. Memang tak pikir panjang masa tu. Padahal, peralatan kamera yang aku ada pun tidak cukup. Yang ada pun basic² jer. Mula-mula memang aku tak berani nak amik. Yer la, dah bape lama aku tak amik gambar orang kawen, pastu duk pikir event yang GRAND lagi, logik lah aku ketaq lutut. Tapi bila Lily gtau tugas aku just amik gambar tetamu & dah ada lagi beberapa orang official photographer lain, aku terima jer.
Kebetulan masa tuh tengah ‘kering’. Nak tak nak, aku gagahkan gak terima offer tuh. At least, dapat la tampung belanja aku sebelum tunggu gaji bulan ni. haha. Walaupun last² minit aku masih berbelah bahagi nak pegi ke tak. Tapi bila pikir-pikir balik malam tu, apa nak jadi, jadi la. Kalu fikir secara positifnya, sekurang-kurangnya aku dapat satu pengalaman baru malam tu.

Masa rehearsal tengahari tuh baru la aku dapat tau yang VIP pun akan datang skali nanti. Masa tuh aku dah goyang. “take it or not”.. “take it or not”.. “take it or not”.. nak tak nak, aku gamble jer. haha.

Alhamdulillah, tiada apa-apa aral melintang malam tu. Benda takde la susah sangat pun sebenarnya. Takde la seteruk sepertimana yang aku duk pikir. Lagipun, perjalanan majlis kahwin ni pun sama mcm majlis² yang penah aku jumpa sebelum ni. So takde lah aku kekok sangat. Cuma halangan paling besar satu je lah. Dengan kamera canggih ‘cabuk’ yang peralatan yang tidak lengkap ni + kemahiran kamera yang sangat dasyat kurang ni, memang mencabar la. Tapi, syukur Alhamdulillah, dapat gak la aku snap beberapa keping gambar. Harap²lah apa yang aku dah buat ni memenuhi kehendak dorang. huhu.
Terima kasih kepada pihak keluarga pengantin yang banyak beri kerjasama sepanjang malam tu. Tak lupa juga Encik Big yang jadi tempat rujukan aku. haha. Dan teristimewa buat isteri aku yang sentiasa duk support aku dan sabar dengan ‘kerja’ aku ni.

Salam Aidilfitri 2011










Terima Kasih PM
Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Ilahi, dapat jugak sedikit talian hayat untuk menghadapi Syawal tahun ni. Dalam pada duk tengah pikir nak tambah loan dengan parents aku utk preparation raye ni, tetiba je aku dapat berita gembira ni. Nak tunggu gaji, dekat-dekat raye baru nak masuk. Mana la dan aku nk shopping raya & apa-apa yang patut. Nak harapkan duit yang aku simpan, memang dah xde. huhu. Nak tak nak, terpaksa la meminjam dengan mak bapak aku. huhu.
InsyaAllah, dengan bonus ni, dapat la aku spent skit duit ni untuk baiki timing-belt keter aku. Dah lama sangat aku postpone nak repair. Kalu nak kira, dah lama sampai masa utk aku tukar. Tapi selagi tak rosak, selagi tuh la aku guna. hehe~ Jangan la tengah-tengah jalan nak balik dia buat hal sudah. hahaha! Harap-haraplah dengan wang yang ade nih, aku boleh terus repair.
InsyaAllah, harap-harap la kitorang dapat buat persediaan apa yang patut untuk raya ni. Kalu nak kira, memang aku dan isteri terpaksa bajet untuk raya tahun ni, tapi msti ade sehelai dua yang kitorang nak beli. Itu pun cukup-cukup syarat je.
~ InsyaAllah ~
Majlis Persaraan Pengarah JKR Terengganu
“Telah ditetapkan 3 perkara ke atas kamu, iaitu, AJAL MAUT, JODOH & REZEKI. Tak kira la dimana kamu dicampakkan atau dihantar, rezeki Allah Taala sudah ditentukan. Maka laksanakan tugas yang telah dipertanggungjawab ke atas kamu dengan sebaik-baiknya..”
Itu antara kata-kata yang selalu Tuan Pengarah aku duk ulang dalam setiap perjumpaan dengan staf-staf dia. Seorang yang sangat motivated dan penuh dengan kata-kata nasihat. Dalam banyak-banyak Pengarah di JKR Malaysia, dia sorang je pilihan yang ada dan layak untuk post Pengarah di JKR Terengganu yang suatu ketika dulu sangat terkenal satu Malaysia. haha. Walaupun aku jarang berurusan secara personal dengan dia, tapi itu je satu-satunya yang aku kagum dengan dia. Seorang yang pandai bermain dengan psychologi dan seorang yang sangat low profile.
Majlis perpisahan Tuan Pengarah JKR Terengganu yang berlangsung kat Hotel Primula, Kuala Terengganu. Disebabkan dah bayar (paksaan T_T), terpaksa gak la aku datang. Walaupun ngantuk yang amat sangat malam tu, aku gagahkan jugak pergi, walaupun berat hati nak tinggal bini sengsorang kat umah. hehe.
Di kesempatan yang ada ni, aku amik peluang nak test gajet baru aku ni.
Mula² segan gak nak bak kuar kmera, tapi last-last baru ilang skit rase kekok. Maklumlah, dah nama pun majlis formal. Lagipun aku bukan ditugaskan untuk menjadi OP utk event tu, so xde la aku perlu bersusah payah nk shoot. hehe.
1st Anniversary

Pejam celik pejam celik dah setahun hubungan perkahwinan kami.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan-Nya kerana sepanjang perkahwinan kami, pelbagai rintangan dan onak duri dapat diharungi.
Syukur Alhamdulillah,
isteri kesayangan dapat menghabiskan sesi pembelajaran beliau dengan selamatnya.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Walaupun tak seberapa, sempat gak kitorang spent sedikit masa yang terluang untuk makan kat tempat special skit. hehe. Kalu nak kira, macam-macam benda plan nak buat, tapi last-last ‘special dinner’ ni jer yang sempat dan mampu kitorang buat. hehe.
Welcome Encik Paidi Makwan
Alhamdulillah
Setelah sekian lama, akhirnya dapat gak aku memiliki gadjet yg dah sekian lama aku idamkan ni. Hanya gadjet ni je yang mampu aku miliki buat masa ni. Nak amik yg gabak-gabak pun, bukan keperluan pun. Cukup lah dengan yang ni dulu. Itu pun betapa susahnye aku nak kumpul duit. Kalu nak tunggu duit gaji, ntah bila aku dapat beli. Last², terpaksa tambah hutang kat Bank Rakyat. huhu.
Aku dah ceraikan Encik 400D, nak tak nak, aku kena mencari pengganti dalam masa terdekat ni. Duit yang aku ‘reserve’ untuk nak angkat Encik Paidi ni semakin lama semakin nyusut. Makin lama aku tunggu, silap-silap habis camtu jer duit aku.
Mungkin dah jodoh aku dengan encik paidi, kamera yang aku risik sekian lama masih available. Walaupun lama gile aku amik masa utk kumpul duit, tapi Alhamdulillah, kamera tu ditakdirkan jadi milik aku

Keretaku masuk wad
Dah lama gile aku tak repair Honda cabuk aku tu. Setakat minor repair tu ade la. Tapi skali buat major repair, ‘mempes‘ gak la. Terpaksa korbankan duit saving aku. Tapi nasib baik la aku sempat jual barang-barang kamera aku aritu. Ada la skit talian hayat. Itu pun kalu bleh memang aku tanak usik pun duit tu, melainkan betul2 emergency.
Tapi nak buat macamana, situasi yang aku alami skang memang mengHARUSkan aku pakai duit tu. Kalu tak, tenat gak aku carik duit untuk nak bayar keter aku tuh. Nampak gaya macam tak sempat la aku nak carik kamera tahun ni. T_T Nak harapkan duit gaji aku, memang tak dapat la. Tiap-tiap bulan asyik negatif je. Nak harapkan dapat duit seketul, mimpi jer la. hahaha. Nak buat camne, sume benda ni bukan kita mintak. Mungkin apa yang berlaku ade hikmahnye.
InsyaAllah.
Related link : [Milikku akhirnya..power of dreams...] [Jentera beratku]
[SOLD] EOS 400D + Batt Grip
[SOLD] – Canon EFS 55-250 f/4-5.6 IS
Ulam dicita, pucuk mendatang
Tak sangka lak camne tetiba aku bleh pegi angkat henfon arini. Disebabkan beberapa masalah teknikal pada 2nd henpon aku tu,terpaksa gak aku angkat henpon baru. Last minute decide ni. Memang tak plan pun.
Aritu punya la pelan nak angkat E5, tapi last last tak jadi. Takde rezeki lagi untuk angkat henpon canggih2 ni. Henpon yang aku amik ni pun antara yang paling murah yang aku berkenan. Selain dari ada torchlight, aku suka dengan nama model ni, NOKIA 1616 ![]()
[satu enam satu enam = se ney se ney = senang-senang].
~ hahaha ~
Stock Clearance
Aku nak perabis gambaq-gambaq lama yang ada dalam simpanan aku yang belum sempat aku edit. Ni yang paling latest sebelum aku ‘bungkus‘ kamera aku. Lepas entry ni, mungkin takkan ada entry gambaq baru lagi.
Thanx kepada yang telah banyak membantu aku selama ini. Kalau umur panjang & aku diberi peluang, ada la entry baru nanti.
InsyaAllah.
Connecting People
Dah lama giler aku tak update perkembangan handphone ni. Nokia 5800 Ekspress Music yang aku pakai skang pun dah cukup puas hati aku rase. Ok lah untuk penggunaan aku stakat ni walaupun sedikit masalah sebab dia touch screen. Nak tukar henfon lain pun mcm sayang, sbb aku suke skrin dia yang besau tu…senang aku nak guna untuk GPS.
Lagipun, kalu nak tolak kat kedai pun, bpe sangat harga dia skang. Aku rase baik aku simpan lagi bagus.
Cuma semenjak dua ni, aku rase nak angkat satu lagi phone utk bini aku. Kesian kat dia asyik duk guna handphone N70 yang aku beli 2nd hand beberapa tahun lepas.
Syukur sangat sebab dapat isteri yang tak kisah sangat pasal gadjet² nih. Lagipun elok je dia guna aku tengok. Selam air, jatuh katil steady je lagi. Elok je call. SMS pn tak pnah tak sampai. hehe!
Dalam duk survey², ada la dua tiga model terbaru yang aku berkenan. Nak angkat iPhone memang tak ah, walaupun tu menjadi kegilaan setiap orang & salah satu target aku untuk masa ni. Blum masa lagi kot. Dalam banyak-banyak ada la satu model yang aku rase berbaloi la kot. Smart pun smart dan harga dia pun takda la mahal sangat aku rase. RM600~RM700 camtu la.
Sebenarnya tahun lepas, memang kitorang dah target nak angkat sorang satu. Tapi disebabkan beberapa perkara dan keutamaan yang lain, terpaksa la hold dlu buat masa ni. Tapi InsyaAllah, kalau ade rezeki, aku akan dapatkan satu. Kalu ada rezeki lebih sikit, angkat 2 terus. he he he!


syukur Alhamdulillah
Laptop bini aku kena hantaq kedai sbb LCD dia rosak.
Setakat yang aku survey, sume harga around RM600~RM700 la kalu yang baru.
~uhh~
Tapi alhamdulillah, rezeki aku.
Tuhan nak tolong aku kali ni.
Syukur sangat-sangat.
Aku dapat LCD yang 2nd, tapi condition masih tip top.
Dah jimat separuh dari kos tukar baru. Y[^,^]
-sekian-













